Rakan di tempat kerja mengenali aku sebagai seorang yang peramah, mudah menolong orang, kuat kerja dan sentiasa riang. Jarang mereka melihat aku menangis, padahal akulah insan yang mudah mengalirkan air mata. Bila di hadapan orang, aku sembunyikan masalahku, aku pamerkan keceriaan agar mereka senang berada di sampingku. Benar, itu adalah diri aku, aku senang bila dapat menyenangkan orang lain. Aku sangat menyintai pekerjaan yang telah aku lakukan semenjak penghujung tahun 1993, iaitu selepas aku mendapat ijazah. Aku tidak kisah datang awal ke pejabat, pulang lewat atau membawa kerja pulang ke rumah. Aku puas apabila pekerjaanku dapat disiapkan dengan sempurna. Aku puas apabila hasil kerjaku memuaskan hati majikanku. Penat dan tertekan adalah lumrah, alhamdulillah aku punya suami yang sangat budiman, yang sering mendengar keluhan hatiku dan ini sedikit sebanyak mengurangkan stress kerjaku. Terima kasih abang. Semoga Allah merahmati dirimu. Kesibukan aku sebagai wanita bekerjaya kadang kala menjadikan aku lepas pandang akan tanggungjawabku yang lebih besar iaitu untuk membesarkan anak2 dengan pendidikan ilmu dunia dan akhirat yang sempurna. Aku banyak bergantung kepada guru sekolah, guru agama dan guru tusyen untuk mendidik anak2ku. Sekarang anak2 ku berumur 14 tahun, 11 tahun, 9 tahun dan 5 tahun. Aku bimbang aku tidak sempat memberi pendidikan terbaik untuk mereka. Aku perlu merancang sesuatu dengan suamiku demi masa depan anak2. Aku mahu anak2ku mewarisi kelembutan, kesopanan dan kasih sayang yang ada pada bapanya. Aku ingin mereka menjadi anak2 yang beriman, taat kepada perintah Allah dan rasul, menghormati kami ibu bapa mereka, menghormati guru, dan orang2 yang lebih tua. Aku ingin mereka menjadi insan berguna kepada agama dan negara. Dari segi pelajaran sekolah, pencapaian anak2 sederhana. Aku percaya mereka boleh buat lebih baik jika ada bimbingan yang berterusan daripada aku. Bila dikaji dan dianalisis, aku rasa anak2ku agak leka dengan permainan komputer dan menonton TV. Berilah mereka pilihan di hujung minggu atau semasa cuti sekolah, pasti mereka lebih rela duduk dirumah untuk bermain PC games dan menonton TV. Jika disuruh ulangkaji, belum sampai 10 minit, ada yang telah lena tidurnya. Demikianlah halnya anak2ku. Dalam kesibukan, kadang2 aku tak berkesempatan bertanyakan kerja sekolah dan tarikh peperiksaan. Dek kerana takut hobi disekat, mereka juga tidak memberitahu aku mengenai kerja sekolah dan jadual peperiksaan. Hasilnya tentulah pelajaran merosot, dan keputusan peperiksaan tidak cemerlang. Inilah permulaan untuk aku melabur dengan Pakej Score A. Pada tahun 2008 seorang jiran memperkenalkan aku dengan pakej Score A dan aku menolak kerana pada pendapatku, anak2ku hanya boleh belajar menggunakan buku latihan. Pendidikan menggunakan komputer akan menyebabkan mereka lebih malas belajar. Itu pada tahun 2008. pada tahun 2009 seorang lagi kenalan mempelawa aku untuk berjinak2 dengan biz score A. Apa cerita ini. Untuk anak sendiri pun aku berat nak beli, inikan pula nak buat biz. Aku tak ada masa untuk buat biz. Aku bukannya nak kaya raya macam orang lain (itu kataku), walaupun hakikatnya aku sebenarnya memang nak kaya, tapi penghalang terbesarku ialah aku malu nak pujuk2 orang untuk beli produk mcm biz MLM yang produknya mahal2.... Aku xtahan mendengar sindiran orang. Aku terlalu negatif. Pelik tapi benar, aku boleh bersembang, boleh menjadi kaunselor, boleh menasihati orang, tapi nak jual barang aku tak pandai. MALU!!! Penghujung Mei 2010, aku dihubungi rakan yang mengajak aku membuat biz pada tahun 2009 dan menceritakan dia kini sudah mendapat pendapatan yang lumayan hasil biz SAP. Lalu aku berkata, kalau dah kaya, mengapa nak kerja lagi..dan berceritalah rakanku itu kepadaku..... Tak apalah itu rezeki dia, rezeki kami pun sudah cukup, sederhana, alhamdulillah boleh beli rumah (hutang), boleh beli 3 kereta (hutang), boleh renovate rumah (hutang), boleh selesaikan perbelanjaan sekolah, pembantu rumah, belanja rumah, dan hantar kepada orang tua. Nak melancong pun boleh, tapi dalam negeri sahaja sebab klu aku merancang nak ke mana2 terutamanya di musim cuti sekolah, aku kena fikir juga untuk biayai saudara2 ku yang menumpang sekaki. Di mana aku dapat duit tu semua? Syukurlah mungkin sifatku yang tidak berkira, maka Allah membuka pintu rezeki kepada kami. Anyway, berbalik kepada SAP tadi, aku pun panggillah rakanku datang membuat demo apa yang bagus sangat SAP tu. Cerita tentang kebaikan SAP tu begitu menarik perhatianku. Maka selepas berbincang dengan suami, kami pun belilah untuk dipraktikkan kepada anak2 kami. So, itulah permulaan aku masuk SAP ini. Tiada apa yang boleh aku buktikan sekarang sebab anak2ku baru gunakan dalam sebulan ini. Tetapi dari segi latihannya, kini aku sudah boleh monitor. At least mereka buat latihan, daripada dulu mereka hanya mengadap PC untuk bermain games. Bagi aku keutamaan SAP adalah untuk membantu meningkatkan prestasi anak2 ku. Tapi dalam masa yang sama aku melihat peluang untuk membuat duit. Salahkah aku memperkenalkan benda yang baik kepada rakan2? salahkah klu aku mengajak rakan2 yang belum ada pekerjaan tetap, yang berpendapatan kecil, yang menganggur, yang banyak hutang, supaya berfikiran positif dan menjalankan biz SAP? Aku tidak merasa tertekan jika berlaku banyak penolakan, kerana aku juga pernah skeptical dengan produk SAP.. what goes round, comes round. Biarpun aku mungkin tidak mempunyai biz sekukuh rakan yang memperkenalkan SAP kepada aku, namun aku berpuas hati kerana sekurang2nya aku dapat memberi program latihan yang baik untuk anak2ku. Pelbagai ragam dan reaksi yang aku terima bila bercerita tentang SAP. Memang benar kata orang, klu orang tidak nampak peluang benda baik pun dikira tidak baik. Cepat2 dijatuhkan hukum sedangkan SAP ada syariah compliance, SAP bukan menjana pendapatan secara tutup mata, ianya memerlukan usaha, apakah ianya bercanggah dengan hukum agama? SAP ialah produk pendidikan, salahkah dari sisi agama jika kita kenalkan benda yang boleh membantu anak2 belajar? Itulah orang kita, suka berprasangka, takut kita kaya kerana mereka duduk bawah kita. Patutlah mereka lebih rela menjadi orang tengah menjual buku, kain, tudung, kuih raya, sabun etc... untung kecil pun tak apa, penat menjaja pun tak apa. Sedangkan hanya mendapat komisen kecil saja. Biz bersifat sementara, mengikut trend dan kegilaan semasa. Bukankah lebih baik menjual burger atau goreng pisang, sendiri jadi taukey? Itulah aku sedar, bukan mudah nak berkongsi cerita. Ada yang menjauhkan diri pula bila tahu kita ada produk e-pendidikan nak perkenalkan kepadanya. Ooooh takut terjebak. Tak apalah, tepuk dada tanya selera, hendak seribu daya, tak hendak satu alasan pun sudah mencukupi.
Apa jua yang aku luahkan kali ini, tidak bermaksud aku sudah mahu berhenti kerja. Tidak sama sekali, aku tidak mencampur adukkan kerjaku dengan SAP. Aku sayang keluargaku, aku sayang pekerjaanku, aku sayang institusiku, dan aku juga sayang rakan-rakan dan saudara maraku.
Sekarang aku perlu mencari program2 yang bercirikan kerohanian dan keagamaan supaya anak2ku mendapat pendidikan yang seimbang. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment