September 29, 2010

Inspirasi

Petang semalam aku dilawati oleh seorang sales executive berbangsa cina yang mempromosikan mesin cetak. Masih muda berusia 27 tahun. Menurutnya pada awal pembabitan dalam karier ini, dia sememangnya tidak berkeyakinan untuk menjual produk khususnya kepada agensi2 kerajaan yang kebanyakannya di monopoli oleh orang melayu. Ternyata andaiannya tidak tepat, rupa2nya lebih mudah berurusan dengan orang melayu daripada berurusan dengan bangsanya sendiri yang rata2 memonopoli syarikat korporat. Memang susah pada mulanya, tapi berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan menolak sifat malu dan malas yang merupakan musuh kepada kejayaan akan datang, maka beliau kini boleh berbangga dengan pencapaian bulanannya. Adat menjadi eksekutif jualan, ada pasang surutnya, semua bergantung kepada komisen, dan apa yang diamalkan ialah berjimat pada masa senang supaya di kala susah tidaklah hilang arah tujuan.

Meminjam kesungguhan anak muda ini, aku kadang2 terfikir, mengapa anak2 melayu semenjak dari zaman sebelum aku hingga kini masih berharap dengan makan gaji terutamanya kerja dengan agensi kerajaan atau sewaktu dengannya . Selamat, terjamin, kerja lebih mudah...emmmm aku tak fikir sedemikian. Mungkin sebagai seorang yang makan gaji tidak wajar aku bercakap sedemikian. Tapi bila sudah bekerja selama 16 tahun, menyaksikan politik ofis yang merumitkan, melihat kawan2 yang lebih berjaya di luar, hati mula terusik....

No comments:

Post a Comment