September 3, 2010
Keluhan Sang Isteri 1
Suami A merupakan seorang yang penyayang, lembah lembut dan menghormati orang tua. Perkahwinan atas dasar cinta telah dibina hampir 10 tahun, dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Alhamdulillah sebelum berumahtangga A telah mampu membeli sebuah rumah teres satu tingkat yang sederhana besar tetapi selesa untuk kehidupan mereka berempat. Suami A merupakan seorang usahawan yang mewarisi pekerjaan orang tuanya. Perniagaan kecil2an yang penuh dengan ragam dan rencam. A makan gaji, dan setiap bulan gajinya akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan rumahtangga, dan menyimpan bagi menghadapi kemungkinan yang tidak terduga. Namun dalam kerukunan hidup rupa2nya A menyimpan perasaan sedih di atas kurangnya perhatian suami terhadap nafkah keluarga. Malah, bila memerlukan wang, suami akan meminjam duit darinya, seperti tahu saja yang A punya simpanan, dek kerana sayang, dek kerana hormat, A akan hulurkan pinjaman walaupun dengan hati yang berat. Itulah yang berlaku berulang-ulang... walaupun marah dengan perbuatan suami yang sudahlah tidak peduli akan keperluan rumah, tetapi asyik meminjam duitnya dan sukar pula menjelaskan dalam waktu terdekat...Tidak tahu kepada siap hendak diadukan kesedihan hati, tidak tahu setakat mana kesabaran dapat bertahan. Inilah antara kisah duka seorang isteri. Masyarakat akan berkata, kamu seorang yang bertuah, punya keluarga yang bahagia, punya suami yang berbudi bahasa, menghormati orang tua, dan menyayangi kamu dan anak2. Betul, itu tidak dapat dinafikan, tetapi cukupkah itu untuk menutup kelemahan suami yang tidak boleh menunaikan tanggungjawab asas memberi nafkah kepada isteri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment