October 1, 2010

Ternyata Kita Mempunyai Impian Yang Sama

Hi S, rupa-rupanya mimpimu dan mimpiku serupa, cuma caramu dan caraku berbeza. Aku ingat lagi waktu pertama kali aku menuliskan kejayaan seorang teman dalam biz MLM di fb, kau antara rakan fb yang pertama menanyakan tentang biz tersebut, menanyakan tentang bagaimana rakanku itu berjaya mendapat pulangan begitu hebat! Nah, kau begitu teruja, tetapi bila aku pelawa mendengar preview, mulanya kau kata kau sibuk dengan kerjamu. Aku faham, selepas itu, kau berikan alasan itu dan ini..... dan akhirnya dalam diam kau telah pilih satu biz networking. Oklah tu, semenjak mula lagi kau dah kata nak buat biz yang xperlu nak jumpa orang...emmm pilihan yang tepat. Tapi ikut pengalaman aku dalam satu biz networking yang aku baru je unsubscribe, aku kena juga gi biz meeting, ikut promotion, buat website etc... tak sama ke? Anyway, aku tidak mahu memperkecilkan pilihanmu... semoga berjaya, kerana aku percaya mimpimu dan mimpiku serupa, cuma caramu dan caraku berbeza.

No comments:

Post a Comment