August 4, 2011

Biarlah berlalu

Puas aku cuba membuangkan perasaan marah dan benci pada apa yang telah berlaku. Bukan aku tidak berusaha, bukan aku tidak mencuba tapi bila hati sudah tercalar, lukanya hanya Allah sahaja yang tahu betapa dalamnya. Alhamdulillah sedikit2 dapat kubuang perasaan itu.

Semalam berjumpa dengan si cantik yang sedang menjeruk rasa. Maafkan aku kerana belum ada kesempatan mendengar cerita hatimu. Memang aku ingin luangkan waktu bersamamu, namun kebelakangan ini aku juga dihimpit permasalahan yang mengganggu emosiku. Aku janji, bila ada kesempatan, aku akan mendengar ceritamu.... aku tahu kau memerlukan seseorang untuk berkongsi bebanan perasaanmu. Datanglah ke kamarku bila kau mahu, insyaAllah apa juga yang akan kau kongsikan aku akan mendengarnya.

Sememangnya selama ini aku ibarat seorang pakar psikologi untuk masalah2 rumahtangga yang dihadapi oleh teman2 dan saudara... banyak cerita dan pengajaran yang aku peroleh dari kisah hidup mereka. Aku nasihat, aku doakan dan ada ketikanya aku menangis bersama-sama si pencerita... kasihan perempuan... selalu disia-siakan. Bukan banyak yang diminta oleh wanita, cuma lelaki kekal dengan sikap egois, tidak pedulinya... opppss tentu ada lelaki yang tidak setuju dengan kenyataanku. Entahlah kalau dulu aku memberi nasihat dan pandangan seolah2 aku seorang isteri dan wanita yang sempurna, perkahwinanku sempurna, namun kini aku sendiri telah melalui detik2 hitam dalam perkahwinanku...dan ternyata ia sangat menyakitkan. Aku wanita yang lemah, aku tidak berdaya melawan ketentuan Ilahi, walau jauh di sudut hatiku aku ingin pergi dari semua yang membelenggukan ini... Kini aku lebih mengerti penderitaan dan kekecewaan yang dikongsikan kepadaku.

Aku berharap apa juga nasihat yang akan kuberikan kepada mereka yang datang kepadaku, biarlah ia tidak melanggar hukum Allah, tidak mengajar wanita ke arah yang salah. Belajar dari pengalaman sendiri, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan binasa. Yang dah berlaku tidak mungkin dapat dihilangkan dari catatan kehidupan, yang terjadi tidak mungkin boleh dipadamkan dan diubah. Biarlah semua yang berlaku menjadi kenangan, terimalah walau pahit..

Aku ambil semua yang berlaku sebagai kelalaian manusia, dan aku belajar untuk menerima semua ini dengan redha dan pasrah kepada ketentuan Allah. Kepada mereka yang pernah berkongsi cerita hati denganku... lihatlah pada kehidupanku, kita sama saja, kita melalui ranjau dan duri, suka duka dalam kehidupan ini. Apa yang penting, kita pujuk hati supaya gagah, tabah dan kuat. Kita pujuk hati untuk terus positif, kalau pun bukan untuk diri sendiri...lihatlah pada anak2 kita yang tidak berdosa, mereka memerlukan sebuah keluarga yang sempurna.

No comments:

Post a Comment