August 6, 2011
Nukilan Hati - 2.8.2011
Kadang-kadang aku bertanya pada diri, sekian lama aku menjadi pendengar setia untuk rakan dan saudara berkongsi duka lara, kisah rumahtangga, kisah keluarga, namun bila ujian melanda diri aku belum cukup kuat untuk berkongsi dengan sesiapa jua. Ya sebagai manusia aku cuba juga mencari insan yang boleh mendengar dan memahami masalahku, aku cuba juga untuk mendapatkan nasihat mereka yang lebih tua dan lebih tahu... Tapi semenjak dari dulu hingga kini, belum sekalipun aku menceritakan kisah sebenar yang aku lalui. bukan aku tidak percaya pada yg sudi mendengar cerita, tapi aku tidak berani untuk membuka semua rahsia, tidak berani membuka pekong di dada, tidak mahu membebankan perasaan orang lain dengan cerita laraku. Aku mahu orang sekeliling gembira bila berada di sekelilingku. Lalu jalan penyelesaiannya aku pendamkan punca masalah dalam diriku sendiri, aku hanya mampu berkongsi cerita kepada yang maha esa, Allah yang maha mendengar dan mengasihani hambaNya. Pada Allah sahaja yang aku percaya, petunjukNya yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan dalam hidup yang penuh ranjau ini. Mujur aku tidak mengalami kemurungan, mujur semangatku masih kuat berpegang kepada qada dan qadar Allah. Ya Allah terima kasih kerana sering mendengar keluhan hatiku, menyuluh jalan yang cerah buatku. Andai aku tersungkur di pertengahan jalan, kau bimbinglah aku dengan cahaya keimanan, lindungilah aku dengan cahaya ketaqwaan. Kau peliharailah aku dan jauhi aku dari menyimpang jauh dariMu. Aku hambaMu yang lemah, kepadaMu aku berserah. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment