August 24, 2011

Terima Kasih

Terima kasih sayang di atas keprihatinanmu. Abang sangat sabar mendengar luahan hati Zie, abang sangat sabar menerima semua yang terkeluar dari mulut Zie.. abang sangat baik... dulu, kini selamanya. Itu yang membuatkan ramai orang sayang abang.

Zie terlalu mengikut perasaan. Zie sepatutnya menerima apa yang berlaku dengan redha, dan lupakan semua kenangan itu. Zie kena nekad! Zie pun tidak tahu mengapa Zie masih tidak mahu melepaskan semua kenangan itu?? Zie juga marah dengan diri Zie. Zie marah sebab ia bermain2 di fikiran secara tiba2. Zie mohon maaf pada abang andai Zie melukai hati abang dengan kata2 Zie. Percayalah Zie sayang abang.... Kalaulah masa dapat diputarkan semula, alangkah baiknya... Zie masih sukar mempercayai dan menerima apa yang terjadi.

Zie selalu berazam untuk tidak membebankan abang dengan kesedihan Zie terutama mengenai kisah itu, tapi Zie buat jugak... abang tahukan Zie tidak bermaksud jahat... ILU so much

No comments:

Post a Comment