InsyaAllah, semuanya akan kembali seperti sedia kala, hatiku sudah mula tenang. Waktu beraya di kampung sempat juga aku menceritakan hal aku kepada kedua-dua kakak iparku (secara berasingan)dan alhamdulillah mereka memberi aku pandangan dan nasihat yang sangat positif. Mereka berkongsi pengalaman yang pernah mereka lalui dan meminta aku tabah menghadapi ujian dalam rumahtangga. Aku menjadi tenang selepas meluahkan perasaanku. Of course aku tidak menceritakan kesemuanya, yang perlu aku simpan aku tidak 'reveal'. Apa pun yang telah berlaku aku perlu sisihkan jauh2 dari hidupku, aku perlu jadikan ia satu pengalaman yang dapat menyuburkan rasa cinta kami, yang dapat memberi peluang kepada kami untuk menghargai antara satu sama lain. Aku sedang berusaha. 2 bulan masih terlalu awal untuk semuanya berlalu begitu sahaja.
Yang aku perlu fikirkan sekarang ialah bagaimana aku perlu memberi sokongan kepada suamiku untuk melalui apa yang sedang dialaminya masa ini, dan aku juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan ketabahan serta aku perlu bersedia untuk menerima segala kemungkinan dengan hati yang pasrah. Ya Allah permudahkanlah bagi kami dengan urusan kami. Engkau yang memberi, engkau yang menguji dan semoga engkau mengambilnya kembali. Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil a hirati hasanah waqina azabbannar..
No comments:
Post a Comment