October 7, 2011

Terima Kasih Mazni

Blog aku biarpun tidak diwar-warkan telah dikunjungi oleh 1408 orang pengunjung semenjak dilancarkan pada tahun 2010. Setiap hari ada sahaja pengunjung... sama ada terbuka, atau memang membuka. Tak apalah. Seperti yang pernah aku katakan, aku terbuka, aku tidak kisah jika orang membaca blog ini kerana aku sememangnya menjadikan blog ini tempat melepaskan apa yang bermain di fikiran, apa yang terbuku di dada...blog ini adalah catatan perjalanan hidupku tatkala aku sukar untuk bercerita dengan orang lain.

Petang tadi terima YM dari Mazni... Oh! dia sudah membaca catatanku tentang suami yang menghidap penyakit kanser. Itulah ujian yang sedang akak tanggung ketika ini. Akak pasrah Maz. Akak sudah diuji berkali-kali semenjak bulan Julai lalu... ujian ini tersusun dengan cantik, seperti sebuah novel yang tidak pasti apa kesudahannya. Terima kasih Maz kerana memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada akak.

Semoga doa Maz akan menambahkan ketabahan akak dalam menempuh ujian dariNya.

No comments:

Post a Comment