November 5, 2011

Doa untuk anak2ku

Ya Allah, hari ini 9 Zulhijjah, umat islam yang menunaikan rukun haji sedang berada di Arafah. Gembira rasanya hatiku kerana 3 orang anak lelakiku adalah di antara jutaan umat islam yang mengambil peluang berpuasa sunat. Semoga Allah menerima ibadah mereka dan menjadikan anak2ku hambaNya yang beriman. Semoga Allah melindungi perjalanan hidup anak2ku, memberi mereka taufik dan hidayah, membawa mereka melalui jalan yang benar yang diredhaiNya.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan 4 orang cahaya mata pengikat kasih kami. Semoga anak2ku mewarisi kebaikan yang ada pada kami dan tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lakukan. Semoga mereka mencintai Allah dan Rasul, menyakini rukun iman dan menyempurnakan rukun islam di dalam kehidupan mereka. Jadikanlah mereka anak2 yang menghormati dan menyayangi kami dalam apa jua keadaan kami. Murahkanlah rezeki anak2ku, bukakanlah pintu hati mereka untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat, berilah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dengan urusan mereka, berilah mereka kejayaan di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal a'lamin

No comments:

Post a Comment