Tak tahulah kalau apa yang aku catatkan dalam blog sendiri mengganggu perasaan orang lain. Salahkah aku melepaskan tekanan yang aku alami dalam diari hidupku sendiri? Kalau aku menanggung tekanan ini seorang diri, mungkin aku boleh jadi gila. Sukarkah untuk memahami apa yang sedang aku lalui? Adakah semudah itu dapat aku melupakan kenangan pahit itu? Engkau tidak berada di tempat aku. Engkau tidak melalui kedukaan yang aku alami. Engkau bahagia meruntuhkan rumahtanggaku, dari ayat-ayat manismu hinggalah....Aku tahu semua itu. Aku tidak salahkan kau seorang. Aku cuma kesal dengan apa yang berlaku. Mungkin perhubungan itu masih berterusan jika aku lewat mengesannya. Bayangkan kesetiaan aku diuji berkali-kali. Suami curang, kemudian sakit kanser... mudahkah untuk melalui semua itu? Engkau tidak akan mengerti. Engkau tidak perlu mengerti.
Engkau juga tertekan? Itu masalah kamu. Itu kisah hidupmu. Aku tidak tahu, sebab aku tidak dapat membaca isi hatimu. Sejujurnya aku mengintai juga pada profile picture fbmu yang aku pasti kau tujukan kepadaku. Aku bukan budak2 untuk lambat memahami semua itu. Kadang-kadang kau ok, kadang-kadang kau sinis. Itu lumrah manusia. Aku tidak sepatutnya mengintai jika aku tidak mahu terluka lagi. Begitu juga kamu...apa sebenarnya yang kita cari?
Diari hidupku boleh dibaca oleh sesiapa yang melawat blog ini. Aku tidak halang. Aku tidak harapkan simpati, aku tidak harapkan belas kasihan juga tidak harapkan maklum balas. Just read and ignore it. Diari ini cuma catatan seorang perempuan biasa yang hidupnya sedang diuji. Cuma jika diariku mengganggu hidupmu, kebahagiaanmu, maka janganlah engkau membuang masa membacanya...tidak perlu. Tiada paksaan membaca blogku. Siapa yang tidak mahu melupakan kenangan? Siapa yang suka mengingati kisah duka? Betul katamu, jangan membuang masa membenci orang yang membencimu, penuhilah masamu dengan orang yang menyayangimu... Fikirlah, orang tidak akan suka-suka membenci kita tanpa sebab. Aku juga tidak membenci kamu, cuma aku kesal....
No comments:
Post a Comment