13 hours ago
Pok Nal
Suatu hari di petang khamis…….10/11/2011 (buat Puan Rozitah yang dihormati)
Hidup di bumi Tuhan…
Keluarga ku adalah kegembiraan ku, didambakan sempurna tanpa gelombang, mengikut arus zaman…. tangungjawab dipadu..
Perkataan solehah jadikan pegangan..
Sabar melangkahi setiap duri kerana ada di hadapan padang yang indah berbunga pink berdaun jingga..
Memang benar orang kata, hanya jauhari mengenal manikam, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…
Itu,
Pepatah lama adat melayu, skrip berzaman pemanis kata penyedap bicara… bersabar dan terus bersabar ucapan rakan sokongan padu..
Anak-anak,
penyambung zuriat pewaris tahkta, darah mengalir sekecil zarah...sayang melimpah selautan kasih…
awan putih tinggi di atas, tinggi lagi kasih dan sayang….andai dalam jurang lautan…juga,dalam lagi kasih dan sayang…harap anakku mengerti…..
Alhamdulillah…..
syukur padamu Ya Allah, hidup berbunga adanya mereka, dunia ceria rumah gegak gempita..panji pahlawan serikandi gemilang……akanku lalui hari-hari dengan tekun dan cemerlang..
Patah layar dayung berganti,
layar dbaiki dayung mengerti….,
Gelombang arus dilalui sekali…
Doaku, Moga kan tenang di depan hari…
Batu menghempap di muara
Nakhoda ada menanggung segala
Kaulah perkasa di mata dan jiwa
Benteng segala ranjau dan luka
Permaisurinya aku, akanku setia
Memberi semangat tatkala gelora
Susah dan senang seia sekata
Keakhir masa bersama jua
Berusaha, Sabar dan tawakkal kerana itu yang terbaik….
Saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan suami puan kembali seperti sedia kala. Saya mohon maaf kerana br menyedari dan tahu berkenaan isu yang puan sedang alami.
Sesungguhnya, kesakitan dan juga kesusahan yang diberikan oleh Allah adalah sebagai tanda Allah sangat menyayangi kita… dengan kesakitan juga pahala kita dilipatgandakan dan dosa dihapuskan.
Senyuman seribu erti puan amat memberi kesan kepada saya tengahari tadi…
=) sekian….
..
9 hours ago
Sent from MessengerRozitah M Amin
Terima kasih atas kata2 semangat itu. Saya ingatkn Pok Nal dah tahu ttg kesihatan suami saya. Suami sudah selesai rawatan di PPUM. Sekarang dlm peringkat pemulihan. Alhamdulillah, banyak hikmah di sebalik ujian ini. Saya redha. Sesungguhnya ia menjadikan kami semakin menghargai n menyayangi antara satu sama lain. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kpd Pok Nal
No comments:
Post a Comment