Sungguh aku tak sangka rupanya perasaan simpatiku telah disalah ertikan oleh orang yang tidak layak menerima simpatiku. Biarpun sedih, aku tetap terima apa jua sindiran yang dilemparkan kepadaku. Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan. Cuma aku terkilan. Aku terkilan kerana ada insan lain yang 'terpelajar' melihat aku sebagai pesalah sedangkan kebenarannya hanya aku, temannya dan suamiku sahaja yang tahu. Benarlah tidak guna punya ijazah atau diploma jika kita berfikir seperti orang yang tidak berpendidikan tinggi.
Bila sesuatu berlaku dalam kehidupan orang lain, kita boleh nasihatkan orang itu supaya muhasabah diri, fikirkan apa kesilapan diri dan perbaiki di mana kekurangan...kita boleh nasihatkan sedemikian kerana kita tidak melalui detik-detik kekecewaan dan kesedihan tatkala bahtera kehidupan diuji. Alam perkahwinanmu masih baru, masih banyak lagi liku2 dan ujian yang belum kamu lalui. Kita boleh nasihatkan orang lain kerana merasakan kita lebih mengenali hati budi kawan kita yang memang rapat dengan kita, yang kita anggap kita tahu luar dalam. Renungkan sejenak... Mungkin masih awal untuk kita membuat andaian baik dan buruk seseorang, lebih-lebih lagi kita tidak pernah diuji seberat itu. Aku memang tidak mengenali sahabat baikmu seperti mana kau mengenalinya, namun aku percaya ada perkara yang engkau tidak tahu, tidak mungkin akan tahu, dan tidak akan diberitahu olehnya....tetapi aku tahu. Itulah hakikatnya mengapa lukaku terlalu dalam, mengapa kenangan pahit itu amat sukar untuk dipadam. Walaupun telah memaafkan, walaupun perhubungan aku dan suami sudah pulih seperti dahulu, namun kenangan itu tidak mungkin akan terpadam dalam tempoh yang singkat.
Mengapa aku melawati wall temanmu sebelum ini adalah kerana aku ingin mengintai keadaannya sekarang, aku kagum dengan sikapnya yang boleh melupakan kenangan dengan mudah dan berkongsi kegembiraan dalam wallnya sedangkan hakikat hatinya, hanya dia yang tahu. Aku akui yang aku tidak sekuat dia untuk melupakan kenangan pahit dengan begitu mudah.
Sesungguhnya aku tidak menyalahkan engkau yang tidak mengenali aku. Engkau ada hak untuk membela sahabatmu itu. Aku tidak nampak salahnya aku untuk menulis di wall atau blogku, dan dia juga tidak salah untuk menulis apa yang dia suka di wallnya. Niat kita hanya Allah sahaja yang menilai. Sesungguhnya yang terjadi sememangnya sudah terjadi, yang tertulis sudahpun tertulis... Aku maafkanmu dan tidak pernah menyalahkan dirimu yang tidak menyukai aku.
No comments:
Post a Comment