Entah mengapa aku menjadi sensitif dengan cara abang melayani aku. Agaknya abang sudah mula lupa dan take things for granted dengan perasaan aku. Sudah tak kesah dengan rajukku. Mungkin aku membuat abang marah, mungkin abang masih belum pulih sepenuhnya, atau mungkin ada benda lain yang abang sibukkan hingga lupa untuk menunjukkan kemesraan kepadaku. Sentuhan tidak menghangatkan, bicara hanya keluar bila perlu. Sudah tidak perlu menjaga hatiku? Sudah sihat mungkin. Sudah tidak perlukan aku? Kadang kala bila diuji sebegini, aku mula teringat kepada kisah silam abang. Adakah abang prihatin, fikiranku tidak pernah terlepas dari mengingati kisah silamnya. Adakah abang sedar bahawa luka dihatiku masih berdarah tetapi aku cuba tutupi dengan perasaan sayangku kepadanya. Adakah abang terfikir bahawa kadang kala aku ingin pergi jauh dari hidupnya. Tidakkah abang tahu, perhubungan ini sudah tidak sama seperti sebelum ia mengkhianati cintaku. Sejujurnya aku rasa kalau diberi peluang, IM pasti akan meneruskan cinta terlarangnya dengan abang. Kadang kala perasaan tidak kesah sudah terfikir di minda. Tapi mana mungkin. IM pastinya mahukan lelaki yg lebih kacak dan segak. Itu mungkin telah abang sedari. IM sudah berjaya melupakan abang. Abang juga sudah berjaya melupakannya...mungkinlah.
Lalu kenapa abang dingin dengan zie? Ada apa yang tidak kena? Adakah hati abang sedang berbunga dengan teman lain? Zie jadi tertanya-tanya
No comments:
Post a Comment