December 19, 2011
Terima kasih kerana berusaha untuk memahami
Semalam bila aku bertanya pada abang, apa yang abang idamkan pada seorang perempuan yang aku tidak ada...abang diam sejenak dan berkata abang sudah dapat yang diidamkan iaitu aku. Aku tanya lagi susahkah abang hidup denganku...abang jawab susah nak memahami hatiku...jujurnya jawapan itu. Lalu aku berkata, aku cuma mahukan perhatian abang. Aku perlukan kasih sayang melebihi segalanya kerana selama ini aku tidak pernah berkira tentang soal wang dan harta. Semuanya kita lakukan bersama-sama, bila abang susah aku sedia menghulurkan apa yang termampu...malah aku sanggup berkorban apa saja untuk abang kerana aku sangat menyayangi dan menyintai abang. Mungkin aku mengada-ngada, sikapmu yang manja dan keanak-anakan hanya kepada abang...dan bila bersama abang sahaja. Aku merajuk sebab abang kurang sensitif terhadap perasaan aku. Mungkin itu yang menyukarkan abang, sukar untuk memahami bila waktu aku mudah dipujuk, dan bila pula muncungku akan panjang sedepa. Tapi tak lama,kan...tak sampai baling2 barang, tak sampai cakap yang bukan2. paling kuat aku menangis dan tarik muka. Kalau abang tak beri perhatian pada benda-benda kecil macam ni, apa lagi yang tinggal untuk kita kecapi nikmat bercinta dalam perkahwinan? Kita akan jadi sama macam sesetengah orang...suami dan isteri buat hal masing-masing, berada di samping kawan lebih membahagiakan dari berada di samping isteri dan anak2....abang tentu taknak macam tu,kan. Zie harap abang dapat terus bertahan melayan kerenah isteri abang yang sorang ni...I love you
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment