Hati ini merindukan ketenangan
Setiap hari yang aku lalui
Suramnya bagai senja menanti tabir malam
Sakitnya bagai ada sesuatu yang sedang menyiksaku
Sesuatu yang tidak mahu pergi dengan mudah
berulang-ulang memainkan nostalgia duka
Mengingatkan pada satu sandiwara
Yang meruntun jiwa, bergelumang dosa
Aku tahu aku bersalah
Begitu sukar menerima ketentuanNya
Begitu tega membiarkan hati-hati lain kecewa
Membiarkan insan lain hidup bagai belum terhapus dosa
Sungguh kejam hatiku ini
Begitu degil harga diriku
Masih mahu mengulang-ulang cerita lama
Tidak mahu melepaskan dengan rela
Selagi lukaku masih merah berdarah
Tolonglah wahai hati
Lepaskanlah kenangan pilu
Tinggalkan segala kisah sendu
Binalah hidup baru
Semoga Allah melembutkan hatiku
Aku mahu melupakan semua itu...
No comments:
Post a Comment