February 9, 2012
renung-renungkan
Mungkin pandangan kita berbeza wahai temanku, tapi percayalah setiap manusia mempunyai peluang yang sama untuk menyatakan pendapatnya. Tidak semestinya mereka yang tidak berjawatan tinggi tidak punya hak untuk menuntut apa yang sesuai dengan sumbangan mereka, dan tidak semestinya mereka yang berjawatan tinggi telah memberi sumbangan yang sesuai dengan apa yang mereka peroleh. Kadang-kadang kita lupa, kita mengiyakan kebajikan yang telah selesa, kita bersyukur dengan apa yang kita ada, dan kita lupa yang di bawah amat memerlukan sekurang-kurangnya apa yang kita rasa. Aku bukan jenis yang hanya tahu mengiyakan apa juga yang ditutur atau dilakukan oleh orang lain. Aku tidak boleh begitu mudah bersetuju dengan pendapat yang tidak sama dengan pendirianku. Aku percaya dengan memberi ruang dan peluang untuk insan lain memperbaiki diri, dengan memberi kebebasan untuk orang lain menyuarakan isi hati....barulah kita akan mengenali diri orang itu. Mana tahu, orang yang kita anggap tidak pandai, tidak punya nilai...suatu hari nanti akan menghulurkan bantuan, atau menempiaskan kegembiraannya kepada kita...Kita tidak mampu melakukan apa yang mereka lakukan, maka marilah kita mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan kerana aku percaya kejayaan mereka pasti akan membawa rahmat kepada kita juga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment