February 26, 2012
Semoga Allah Mengampunimu
Kisah yang terpapar di muka hadapan Kosmo benar2 menyedihkan aku. Hampir setiap malam, alunan zikir munajat yang disampaikan Ust. Badrul Amin akan meresap ke jiwaku hingga aku terlena. Benarkah apa yang dituliskan. Benarkah ustaz juga kecundang dengan godaan wanita. Ya Allah, sesungguhnya kalau apa yang didakwa itu benar, kau ampunkanlah dosa mereka Ya Allah. Berilah mereka peluang untuk bertaubat. Janganlah ia menjadi satu penghinaan yang tidak berkesudahan. Kami hambaMu yang lemah, tidak lepas dari berbuat dosa. Kami hambaMu yang lemah, amat leka dengan hal dunia sehingga lupa azab yang menanti di akhirat kelak. Bukakanlah pintu taubat untuk mereka Ya Allah. Lindungilah aib mereka yang pernah berbuat salah ini, kerana pada saat itu, pastinya syaitan telah berjaya menakluki dan meruntuhkan iman mereka. Ampunkanlah mereka Ya Allah. Aku letakkan diriku ditempat wanita itu, Ya Allah, besar aibnya....ampunkanlah mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment