April 11, 2012

Abang balik kampung

Abang bertolak balik ke Perak jam 3.30 petang...ditemani Luqman. Terburu-buru memasukkan beg ke dalam kereta takut lewat sampai ke rumah mak. Mata kami tidak bertemu...ada sesuatu yang disembunyikan dariku... aku perhatikan gerak gerinya yang tidak menentu. Kenapa? Ada buat salah ke?

Sebelum bertolak abang peluk aku. Itu pelukan yang sering diberikan kalau dia ada melakukan sesuatu kesalahan kepadaku dan ingin meminta maaf, aku sudah faham perangainya yang tidak suka bersemuka dan berterus terang secara berhadapan... tak apalah, tapi aku dapat agak apa sebenarnya yang abang cuba sembunyikan. Dengan tenang aku bisik ke telinga abang: sampaikan salam kepada mak, katakan kepada mak, zie akan jaga anak mak biar apapun yang anak mak lakukan terhadap zie...salam untuk bapak juga...
Hatiku sangat sedih.

Sedang aku menulis dalam blog ini, tiba-tiba terima masej dari abang...oooo, betullah apa yang aku sangka. Kenapa tidak mahu mengaku, mengapa cuba mengelak dari kenyataan? Tak apalah...malas nak panjang-panjangkan lagi cerita...anggaplah tidak sengaja, anggaplah biasa-biasa.

Semoga selamat sampai ke rumah mak, dan dipermudahkan urusan. Zie sayang abang.

No comments:

Post a Comment