April 1, 2012

Prestasiku semakin merosot

Work stress! Itulah ungkapan mudah yg dapat aku gambarkan tentang keadaanku pada masa ini. Ikutkan hati ingin saja aku tinggalkan pekerjaanku dan bersara. Tapi untuk aku melepaskan tanggungjawabku sekarang, aku tidak mampu. Aku punya banyak komitmen. Hutang masih banyak. Anak2 makin membesar dan perbelanjaan hidup keluarga semakin meningkat. Biarpun aku dan suami kedua-duanya bekerja makan gaji dengan kerajaan, namun dengan komitmen yang masih tinggi ini, aku perlu melupakan niatku itu. Arghh!! Itu sahaja yang terdaya aku luahkan. Kadang2 aku bertanya kepada diriku...di manakah aku yang suatu ketika dulu seorang yang begitu gigih bekerja, tidak mengenal erti penat. Seawal 7 pagi aku sudah muncul di pintu pejabat, membuka pintu dan aku juga yang paling akhir meninggalkan pejabat. Aku tidak pernah merungut. Aku bawa balik kerja pejabat dan menyiapkannya sehingga lewat malam, aku datang ke pejabat pada hujung minggu... Suamikulah insan yang paling setia, yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepadaku. Mengapa sekarang ini, suasananya begitu berbeza? Adakah keadaan ofis semenjak aku balik dari umrah telah mendorong aku menjadi kurang bersemangat? Mungkin juga. Mana tidaknya, kalau dulu aku ada 2 orang kuat untuk membantu aku menguruskan kerja2 di BPK, namun kini seorang telah berhenti dan seorang lagi telah selamat melahirkan anak keduanya dan mengambil cuti bersalin selama 90 hari. Pengganti untuk yg telah berhenti tidak ada lagi, klu nasib menyebelahi aku, akan datang seorang pegawai baru pada pertengahan April ini. Sementara waktu, terpaksalah aku lakukan seorang diri...semuanya in progress ketika ini. Kelam kabut juga dibuatnya. Kebetulan pula suamiku perlu masuk wad untuk rawatan kimo selama 6 hari...terasa juga getaran di hatiku lantaran masa untuk melakukan kerja dan meluangkan masa bersama suami begitu terhad. Mujur ada penolong akauntan dan staf sokongan yang memberi sokongan. Mungkin juga faktor usia yang mengurangkan motivasiku untuk gigih bekerja seperti dulu. Mungkinkah aku perlukan suasana kerja di tempat baru bagi merangsangkan semula semangatku untuk bekerja. Mungkin...mungkin....mungkin. Moga-moga perasaan negatif yang sedang merasuki diriku ini dapat aku atasi dengan segera agar tidak terus-terusan merosakkan prestasiku. Aku perlu sesuatu yang boleh membangkitkan semula motivasiku...setakat ini aku sedang tercari-cari. Ya Allah peliharailah hambaMu ini, tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Permudahkanlah urusan pekerjaanku, berilah aku kekuatan dan keupayaan untuk melalui hari2 yang sedang menguji diriku ini, selamatkanlah aku. Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan. Hanya Engkau yang memahami apa yang tersirat di dalam hatiku ketika ini.....

No comments:

Post a Comment