Bukan niatku untuk mengesyaki A & B sedang berpacaran...memang aku amat terkejut tatkala melihat sepasang manusia yang aku kenali sedang berpayung mesra menuju masuk ke dalam kedai ikan bakar yang menjadi kegemaranku di Jalan Bellamy. Memang aku tidak patut beranggapan negatif kepada mereka berdua. Tetapi aku begitu fobia melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka lebih-lebih lagi kedua-duanya telah berumahtangga, si lelaki punya isteri yang jauh lebih tinggi jawatannya dari dirinya manakala si perempuan masih muda, manis lagi bergaya.
Mereka sememangnya tidak nampak aku pada asalnya...
Bila aku memusingkan muka untuk memesan air untuk suamiku...terus mataku terpandang ke arah mereka yang sedang duduk bersebelahan menikmati juadah tengahari. Mereka juga terkejut melihat aku. Waktu aku melangkah ke sinki untuk membasuh tangan aku sapa mereka, bertanyakan beberapa soalan biasa....
Aku harap di antara mereka tidak ada perhubungan terlarang. Antara mereka masih ada kewarasan dan sedar akan batas pergaulan yang berlandaskan keimanan. Aku kenal dengan isteri si lelaki. Seorang yang baik dan tidak meninggi diri walaupun berjawatan tinggi. Aku harap si lelaki hargai segala pengorbanan isterinya, mengingati anak2 yang sedang membesar di rumah, keluarga yang memerlukan sokongannya. Aku harap si perempuan ingat kepada anaknya yang masih kecil. Kalau ada apa yang tidak kena dalam rumahtangga mereka, hendaknya biarlah mereka muhasabah diri dan mencari jalan menyelesaikan kemelut yang melanda bahtera perkahwinan mereka, dan tidak sekali-kali menjadikan pasangan dan anak2 sebagai mangsa.
Aku percaya, kebahagiaan hidup berumahtangga boleh dikecapi semula, kerukunan rumahtangga boleh dibina semula, keruntuhan institusi perkahwinan boleh dihalang, berkat usaha bersama suami dan isteri. Andai tersasar dari jalan yang benar, kembalilah semula ke pangkal jalan. Bertaubatlah...
Aku doakan kebahagiaan buat kalian dengan keluarga masing2. Hargailah rumahtangga kalian. Tiada manusia yang sempurna. Andai ada kelemahan pasangan, berkomunikasilah secara berterus terang, perbaikilah di mana kekurangan. Maafkanlah di antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih, binalah hidup baru berlandaskan pengalaman silam agar perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan.
Jangan pilih jalan yang boleh menghancurkan hati dan perasaan orang lain.
Benar, kadang-kadang kita terpaksa melukakan hati pihak lain untuk kita mengecapi semula kebahagiaan yang kian hilang, kemesraan yang kian pudar. Namun, ada ketika berkorban jiwa dan perasaan untuk membahagiakan pihak lain, itu adalah lebih baik. Tidak perlu menuntut ikhsan, simpati dan penghargaan. Biarlah pasangan tidak menghargai segala pengorbanan kita....Fikirkan tentang anak2 yang kian memberar, fikirkan tentang syaitan yang seronok menghancurkan sebuah ikatan perkahwinan....biarlah hati hancur lumat, terhiris begitu dalam, bairlah...biarlah...ingat Allah sentiasa di sisi menemani, mendengar rintihan dan melindungi. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan balasan yang baik dari Allah swt. Allah menguji kita untuk kita perbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Allah menguji kita kerana Dia sentiasa memerhatikan kita...mungkin dengan bersabar dan redha dengan ketentuanNya akan menjadikan kita hamba yang lebih taat kepada perintah dan suruhanNya. Wallahu'alam....
Maafkan aku A & B andai apa yang aku fikirkan bukannya apa yang sebenarnya berlaku di antara kalian, maafkan aku....aku cuma fobia, takut pengalaman sedemikian menimpa orang-orang yang aku kenali....Aku minta maaf sekali lagi....
No comments:
Post a Comment