May 8, 2012
Sayangku demam
Hari ini abang bersemangat untuk ke INTAN menghadiri kursus bagi memenuhi masa lapangnya. Abang nampak segak mengenakan kemeja berwarna kuning dan dipadankan dengan tali leher 'setoner'... Walaupun satu haluan, aku tidak sampai hati membiarkan Ima memandu seorang diri pagi2 begini. Pagi ini sampai pejabat agak awal. Seronok mendapat sms abang untuk ajak bersarapan memandangkan dia berada dlm kawasan kampus dan waktu belum jam 8 pagi (kalau Ima tahu, habislah aku....sebelum sampai ke pejabat kami sempat singgah membeli pau dan kuih, kononnya untuk breakfast....) Kami bersarapan di RU. Seronok berada di samping abang. Sebelah tengahari kami makan tengahari di kafetaria Canseleri. Terserempak dgn beberapa orang rakan yang bertanyakan khabar abang. Betul kata teman2ku....abang nampak semakin sihat. Berkali-kali juga aku melihat abang cuba menjelaskan yang penyakit kanser tidak nampak sakitnya, tidak rasa sakitnya...yang menyakitkan ialah pengalaman menjalani radioterapi dan kimo pada tahun lalu. Rawatan kimo kali ini nampaknya tidak memberi kesan negatif kepada suamiku. Syukur alhamdulillah...semua orang mendoakan agar abang sembuh sepenuhnya. Abang janji untuk mengambilku selepas waktu pejabat.. Aku cadang abang ambilku jam 6 ptg mememandangkan aku perlu menghadiri group exercise. Group exercise selesai melewati jam 6 ptg...kesian abang terpaksa tunggu aku dengan penuh kesabaran di dalam kereta.
Masuk ke dalam kereta, aku rasakan badan abang panas...panas sangat ni, kataku. sesampai di rumah abang terus ke bilik untuk tidur. Ya Allah, jauhkanlah penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan suamiku. Segeralah sembuhkan suamiku. Aku tahu abang lapar, tapi dia lebih rela tidur untuk rehatkan badan. Sempat abang menelan actifast biarpun perutnya kosong. Aku pesan abang untuk pergi klinik esok bagi mendapatkan rawatan. Sehingga catatan ini dibuat, bahagian atas tubuh abang masih panas. Semoga cepat sembuh sayang...zie sayang abang selalu, zie akan jaga abang selagi ada keupayaan. Semoga Allah memberi zie kekuatan dan kesabaran. ILU sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment