December 19, 2012

9 Disember

9 Disember, ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17. Usia remaja yang disulami dengan pelbagai cerita. Terlalu banyak yang telah kita lalui selam 17 tahun perkahwinan ini. Bahagia...insyaAllah selama ini kita bahagia. Belum lagi kita mengenal erti jemu dalam berumah tangga. Kita saling menyayangi, kita saling bergurau senda, berkongsi cerita. Abang pendengar setia. Derita....itu juga aku pernah merasa. Memang derita itu pernah hadir dalam perkahwinan kami. Siapa yang tahu... Aku sendiri tidak sangka yang aku kuat menghadapinya seorang diri. Jika tidak mungkin tidak ada lagi ulangtahun pada tahun ini! Sungguh uniknya cinta kita. Semoga usia perkahwinan kita akan terus berpanjangan, diberkati Allah dan diberi kebahagiaan yang berterusan. Zie tidak mahu menangis lagi...Zie sayangkan perkahwinan ini, Zie sayang abang dan anak-anak...Selamat Ulangtahun sayang

1 comment:

  1. Ia suatu perjalanan yang panjang
    17 tahun kita menggenggam erat ikatan suci ini
    Ikatan yang menguji kita dengan pelbagai dugaan
    Ibarat sedang menempuh alam keremajaan
    kita masih perlu terus berusaha
    melalui liku-liku dan ranjau yang ada
    berpegang teguh menuju kedewasaan

    17 tahun yang penuh kenangan
    manisnya bila cinta kita jaga dan baja
    masamnya bila cinta dikelirukan dengan nafsu
    pahitnya bila ujian datang melanda
    biarkan biarkan ia menjadi sejarah

    pandang ke hadapan demi cinta kita
    gagahkan perjuangan demi anak2 tersayang
    halalkan segala yang pernah dikongsi
    maafkan segala kekhilafan dan kelalaian diri
    kepada Allah kita panjatkan doa
    agar cinta ini kan terus membara
    agar cinta ini kan teguh selamanya

    Terima kasih suamiku atas kasih sayangmu
    Terima kasih kerna masih terus memilih untuk bersamaku
    Terima kasih kerna menerima aku sebagai suri hidupmu

    ReplyDelete