Apakah benar apa yang dibaca
Apakah jelas apa yang didengar
Apakah sahih apa yang dilihat
Semuanya bagaikan teka teki yang silih berganti
Hari ini ceritanya begini
Esok ceritanya begitu
Keliru
Yang mana benarYang mana dusta
Semuanya mendabik dada mencanangkan usaha
Semuanya mencungkil segala kesalahan dan dosa
Semuanya mengadu domba tanpa usul periksa
Semuanya hanya mengata kebenaran di pihaknya saja
Aib, maruah dan fitnah menjadi tajuk utama
Agama, bangsa dan negara menjadi bahan cerita
Seronok rasanya menjatuhkan saudara
Mengelirukan mereka yang cetek ilmu dan lemah minda
Mengaburkan pertimbangan menjarakkan rasional
Mengundang persengketaan dan permusuhan
Menghakis toleransi dan kepercayaan
Mengkucar kacir keamanan dan kesejahteraan
Atas nama demokrasi dan kebebasan
Tanpa gentar akan sempadan hukum
Tanpa menghormati hak sesama insan
Pilihan bukan suatu
paksaan
Apa yang disajikan bukan
suatu kepastianSuara, tinta dan media boleh melontarkan apa sahaja
Akal perlu waras memilih apa yang perlu diterima
Tidak ada sesiapa yang berhak
Menentukan apa yang akan dipilih
Masa hadapan negara bukan untuk dipermainkan
Usaha dan doa jangan disia-siakan
Jangan dibiarkan anak bangsa merintih
Jangan biarkan kepercayaan ditoreh
Apa jua pilihan jangan tergadai keharmonian
Suara hati rakyat biasa
Negara aman harmoni
sentiasaTidak kira bangsa dan agama
Mencari rezeki dengan gembira
Yang berkuasa biarlah jujur
Asuhan agama hendaklah akur
Yang memimpin berwibawa, adil, bertimbang rasa
Yang dipimpin bersyukur, bertolak ansur dan memahami
Semoga negaraku akan terus aman dan makmur
Di bawah pemerintahan yang unggul
No comments:
Post a Comment