Baru lepas buat latihan Bahasa Inggeris e-topic subjek Article. Mama lihat Iekhsan susah nak faham Article. Mama kena terangkan, klu ayat ada 'is' kita letak 'a' kat sebelah, contohnya This is a book. klu ayat tanya ada 'is' kita letakkan 'the' contohnya Where is the cat? Pastu 'an', mula-mula tengok huruf pertama, a,e,i,o,u kedua bentukkan bibir untuk bunyikan perkataan, contohnya orange, egg,apple, eagle, umbrella, idol, klu ada bunyi a,e,i,o,u letakkan 'an' sebelah depan perkataan. Tapi kalau honour? honest? hour? bunyinya mula dengan 'o' kita letakkan 'an' kat depan. Lain-lain article yang tidak bunyi a,e,i,o,u kita letakkan 'a' di hadapan. A book, a bag, a paper, a shirt, a house etc....
'The' kita guna bila dah tahu secara spesifik apa yang kita nak ceritakan, contohnya the house is big, the dress is beautiful, the cat run away from the dog. Ada ayat yang tidak perlukan article seperti, My father goes to - Kuala Lumpur by train. Tapi hati2, Filipina mempunyai 'the' di hadapan iaitu the Philliphines. Kasihannya tengok Iekshan nak memahamkan konsep a, an, the... InsyaAllah, mama akan bantu Iekhsan seboleh mungkin. I love u sayang. Esok malam nak tengok Eirfan pulak.
No comments:
Post a Comment