August 2, 2010
Konvokesyen
Sudah hampir sebulan BPK membuat persiapan untuk menghadapi konvokesyen 2010. Seperti biasa, staf aku akan sibuk dengan pelbagai aktiviti keurusetiaan seperti penyediaan maklumat untuk website, pengiraan jubah akademik, urusan dobi, perolehan dan persiapan untuk proses pengambilan dan pemulangan pakaian akademik. Bagi Ros yang pertama kali membuat kerja-kerja keurusetiaan juga nampak panik dan risau takut2 ada surat yang tidak sempat dibuat, ada undangan yang tercicir dsbnya. Aku juga tidak kurang pening semasa menyediakan teks ucapan Pengerusi Istiadat... akulah beta, akulah Tan Sri (seronok bercampur risau). Sangat2 sibuk. Kasihan Jasri, ada juga harinya yang beliau akan tidur di pejabat dek kerana jubah2nya yang belum settle, fairuz dengan berbadan dua juga tidak kurang ke sini sana memastikan semua persiapan berjalan kancar. Alhamdulillah ada Syahid yang sangat komited dan tidak pernah merungut apabila diminta membantu. Yang pasti setiap kami pasti ada cerita yang menarik tentang pasangan kami yang 'pelik' dengan kesibukan kami yang belum sudahnya ini.... sabar yer. Aku bersyukur, pada hari ini, hari pertama konvo, semua urusan berjalan lancar, kecuali tentang jubah PK. Ya Allah, aku x bermaksud untuk perkara seperti itu terjadi... Aku harap PK tidak berkecil hati dgn apa yg berlaku pagi ini. Kasihan dia... Tak tahu siapa yang harus dipersalahkan sehingga berlaku kekeliruan itu. Maaf PK, harap tuan akan hadir esok. Semoga sesi 2 - 10 akan berjalan dengan baik. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment