October 7, 2010

Apa erti cinta dan tanggungjawab pada seorang lelaki?

Bukan seorang, bukan dua.... malah aku sering bertemu dengan wanita yang kecewa dengan sikap manusia bernama lelaki....siapa yang boleh menjawab persoalan yang sentiasa dihadapi oleh wanita ini. Ada wanita menyalahkan takdir kerana tidak diketemukan jodoh, menyalahkan paras rupa, taraf pendidikan, status harta yang menjadi punca tiada lelaki yang mahu menyunting menjadikan isteri. Itu luahan perasaan wanita yang masih bujang. Yang sedang bercinta, atau yang punya kelebihan dan tarikan sudah tentu merasakan diri mereka begitu bertuah kerana hidup diselubungi dengan keindahan cinta, kasih sayang lelaki, dibelai dan dimanja... semua ini merupakan adat manusia. Kalau hidup seorang itu sunyi, tidak lengkap tanpa lelaki, dan kalau alam percintaan itu indah semuanya, mengapa pula ramai wanita yang telah berumahtangga hari ini bercakap mengenai derita hidup berendam air mata, mengapa mereka bertungkus lumus bekerja, terkangkang-kangkang menguruskan hal keluarga, terkejar-kejar mencari rezeki, dan dalam masa yang sama menjaga maruah suami dan keluarga? Tentu ada dikalangan yang membaca tidak bersetuju dengan pandangan aku... percayalah tidak ramai wanita yang bertuah seperti kita. Ada wanita menutup kesedihan dengan gelak tawa, ada yang menampakkan diri mereka kasar, bersuara lantang dan berperangai pelik. Bila ditanya ada masalah ke? dijawab tiada... sebab itu bagi mereka yang bertuah tidak tergolong dalam kumpulan wanita yang 'terseksa' ini harus bersyukur dengan apa yang ada. Bukan mudah untuk menyelami hati wanita-wanita terluka, bukan mudah untuk merungkai kekusutan yang bergelora di jiwa mereka, kerana kebanyakan masalah adalah berpunca dari kelemahan suami, apa yang dijanjikan sebelum berumahtangga, apa yang diangan-angankan bersama rupanya tidak terlaksana... kasihan. Kata kawanku yang juga seorang lelaki wanit berhak meminta cerai jika zuami tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai ketua keluarga. Tidak semudah itu teman... perceraian bukan jalan penyelesaian. Ya mungkin bila sudah bercerai tidak perlu lagi menanggung kesedihan dan kelukaan terhadap perbuatan dan ego seorang suami... tetapi kebanyakan wanita akan terus menyintai pasangannya dan menerima seadanya sebagai tulisan hidupnya. Itu yang membuatkan ramai lelaki bernama suami tidak berusaha untuk mengubah hidupnya demi membahagiakan seorang isteri yang menjadi ibu kepada anak2nya...Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment