October 6, 2010

Orang biasa-biasa tak inovatif dan kreatif?

Terpukul aku mendengar pandangan TNC tentang pelaksanaan KIK kat UM ni. Aku pun tak tahu mengapa aku mencabar diriku untuk memulakan budaya KIK di UM ni sedangkan takde saper2 sebelum ni yang berminat untuk membudayakannya. Syarikat swasta, agensi2kerajaan dan IPTA lain sudah lama melaksanakan KIK di tempat masing-masing, dan pengurusan mereka amat menyokong usaha-usaha dan idaea-idea pembaharuan yang diketengahkan oleh para pekerja mereka. Malahan Kerajaan juga telah mengumumkan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia. Tapi kat UM don't talk about it. Nobody cares. Inovasi hanya dalam lingkungan Research & Development yang menjadi core business para akademiknya (berapa ramai?). Idea kreatif dan inovatif tidak seharusnya datang dari golongan staf bukan akademik. Kalau ada pun itu sudah memang keperluan untuk kita menambahbaik sistem pengurusan dan pentadbiran yang menjadi teras tugas kita. So mana kreatifnya? mana inovatifnya? Aku setuju, sebagai RU, UM khususnya kakitangan akademik dan penyelidik UM perlu menghasilkan ciptaan kreatif & inovatif dan mampu berdaya saing dan dikomersilkan, tapi itu bukan kerangka KIK. Program KIK memberikan peluang kepada para pekerja dari pelbagai lapisan perkhidmatan mencetuskan idea-idea kreatif dan inovatif untuk membantu Pihak Pengurusan menambahbaik kaedah-kaedah dan proses kerja yang secara tidak langsung menyokong kepada pelaksanaan core business UM. KIK sepatutnya dapat memmbantu UM mengurangkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan menambahbaik proses-proses sedia ada, memupuk Semangat Kerja Berpasukan, memberi peluang kepada staf menghasilkan inovasi peralatan dan sebagainya.

Takpe, aku tidak boleh mengalah dengan cabaran yang sedang aku hadapi sekarang. Aku perlu perjelaskan kepada Pengurusan mengenai falsafah KIK ini, dan kalau Pengurusan rasa idea mereka lebih kreatif dan inovatif, aku akan minta mereka berikan cadangan tajuk dan kita akan war-warkan kepada warga UM saper yang nak take up the challenge.. whatever way doesnt matter, yang penting dont look down upon people's effort, dont always think we are always right. Beri peluang!!!!

No comments:

Post a Comment