October 10, 2010

Rempah Ratus Kejayaan

Pagi ni berkobar-kobar nak bawa sorang prospek ke ndo di Kampus Kota. 7.45 pagi bertolak. Dalam perjalanan aku menghantar sms kepada X dan minta dia call bila dah sampai ke Kampus Kota. Aku begitu yakin dia akan hadir lantaran sms akhirnya berbunyi 'InsyaAllah' yang aku tafsirkan sebagai berjumpa kita di Kampus Kota. Jam menunjukkan jam 8.05 pagi dan orang sudah mula ramai yang mendaftar. takut xdapat tempat aku terus memesan 2 tiket ndo yang berharga RM70 satu. Tunggu lagi, tak muncul-muncul. beberapa sms yang aku kirimkan pun xdijawab. Terasa rugi juga sebab pagi ini aku gagahkan diri untuk ke Kampus Kota walaupun menanggung kesakitan yang menusuk2 di bawah perutku semenjak Jumaat lalu. Emmm, sehingga jam 10.30 pagi si X tidak datang. Abang yang setia menemaniku memujuk dengan menyatakan si X mungkin ada hal yg xdapat dielakkan. Ya, mungkin jugak, aku harus positif. dek kerana xtahan menanggung kesakitan yang semakin kerap, aku ambil keputusan beredar dari Kampus Kota dan mendapatkan rawatan di Klinik Zalfah...dan rupa2nya aku kena infection di saluran kencing.. mujur tidak ada yang lebih serious. Andai aku terkena penyakit yang serius, bagaimana agaknya penerimaan ibu, suami dan anak2ku. Syukur kepadamu Ya Allah. Bagi insiden pagi ini aku pasrah, dan aku teringat pesanan sifu Aziz 'semua cabaran dan rintangan adalah rempah ratus untuk menuju kejayaan', semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezekiNya ke atas diriku. Amin

No comments:

Post a Comment