October 19, 2010

Bila hati wanita menjerit

Hidup ini memang tidak sepi dari ujian. Pagi ini raut wajah Z tidak seceria biasa, untung sahaja kesedihan dan stres yang melanda dirinya dapat ditutupi oleh wajah ayunya yang santun bertudung. Ye masih rupawan wajah ibu beranak dua itu. Percayalah Z, apa yang sedang kau hadapi ketika ini juga sedang dihadapi oleh ramai lagi wanita2di luar sana. Sudah semacam lumrah, sudah semacam perkara biasa dalam masyarakat. Kemanisan berumah tangga hanya terpapar secara luaran.... bila sebut pasal kewangan, tanggungjawab nafkah, pendidikan, agama ooooohhhh itu semua sudah tidak menjadi 'kewajipan' pada sebahagian besar lelaki yang digelar sang suami, lalu apakah peranan mereka masa kini? Kalau ada kesempatan hadir di mahkamah syariah mendengar perbicaraan, hampir semua kes perceraian akan berkisar perkara yang sama. Yang kelihatan tidak bermaya, seperti cicak terkena kapur, seperti tersiksa jiwa raga adalah sang suami...seolah-olah perceraian buka yang dipinta. Namun mengapa hari itu, sewaktu d mahkamah syariah baharu wajah sayu dan sugul saling bertamu? Mengapa tidak diselamatkan perkahwinan, mengapa tidak dimenangi semula hati isteri tercinta sebelum mahkamah menjadi pemutus bicara? Kalau dah tahu kehidupan sempit lantaran anak semakin ramai, anak semakin membesar, dan kehidupan semakin menuntut hidup, mengapa tidak difikirkan jalan keluar bagi merungkai segala kekusutan? Mengapa rela mata melihat isteri tak tentu hala bangun pagi2 menyiapkan anak2 dan keperluan harian rumahtangga, bersiap lebih kurang dan bekejar ke tempat kerja supaya kelak tidak pula ditegur majikan... bila dapat gaji, yang pertama diagih2kan adalah untuk keperluan keluarga, hutang mana yang perlu dibayar...klu ada baki barulah tersenyum untuk digunakan sendiri.

Demikianlah, hakikatnya, hampir setiap hari aku akan bertemu dengan wanita-wanita yang mempunyai episod sendu dalam perkahwinan masing-masing. Kadang kala terdetik di hati betapa bertuahnya sesetengah wanita yang mempunyai suami yang mampu menyediakan keperluan rumah tangga dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami seperti yang diimpi. Lain pula kisah wanita yang 'bertuah' ini, ceritanya hanya tentang diri dimandikan kesenangan, wang ringgit bukan halangan, segala dipinta akan diadakan, sang suami penuh keimanan, membimbing keluarga ke arah yang diredhai Ilahi...oh sungguh bertuah....masih ramai rupanya suami sejati di bumi ini... alangkah baiknya kalau semua suami boleh menjalankan tanggungjawab menjaga hati seorang wanita yang dikahwini atas dasar cinta suci, janji sehidup semati? Kata rakanku...isteri kenalah doakan suami2 supaya dimurahkan rezeki...entahlahhhh

No comments:

Post a Comment