Bulan Jun sudah lewat dan aku masih belum mendapat 'period', seingat2 aku last date aku uzur ialah pada 11 Mei 2011...Terdetik di hati - entah2 Nurin nak dapat adik... tapi aku biarkan sahaja perasaan bermain sendiri, mana tahu esok lusa keluarlah ia nanti. Rakan2 dah mula mengusik minta aku beli alat ujian kehamilan, manalah tahu memang hamil hihihi.... malulah kalau betul2 hamil bayangkan umur dah 42 tahun, nurin pun dah 6 tahun, semua barang2 baby dah disedekahkan. AKhirnya aku beli 'dip & tell' dan ternyata positif!!! Perasaan suka dan teruja timbul secara spontan. Abang dan anak2 turut kongsi kegembiraan. Balik Melaka pada 24/6 (harijadi Mak) aku khabarkan berita ini...Syukur Alhamdulillah kata mak. Nenek dan adik2 turut gembira. Tentulah semua orang gembira sebab semua orang amat menyokong keluargaku, mereka sangat sayangkan kami.
2 Julai aku diuji dengan peristiwa yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku, perasaan sedihku berterusan, jiwaku kacau. Pada 4 Julai aku buat pemeriksaan di Klinik Gynae, aku bawa sekali result HbA1C yang menunjukkan kandungan gula dalam darahku melepasi tahap normal, aku disahkan DM Type II. Aku ditahan di wad U10 untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan insulin. 9 hari di dalam hospital, jemu rasanya walaupun tempoh itu adalah tempoh untuk aku muhasabah diri, tempoh aku dan suami mencari jawapan kepada persoalan hati... aku amat bersyukur diberi tempoh menenangkan diri itu, dan apa yang kawan2 tahu ia adalah berkaitan dengan soal kandungan dan diabetes ku. Tak apalah, hidup perlu diteruskan dengan positif. Sebelum keluar, doktor sahkan janin tidak membesar dan telah berlaku 'miscarriage'. Doktor nasihatkan agar dibiarkan janin keluar secara natural. Akhirnya pada 27 Julai (sama dengan tarikh hari lahir Iekhsan) janinku keluar semasa aku mandi.... Aku ke hospital, doktor periksa semua tisu dah keluar cuma tinggal darah. Aku diberi 4 hari MC... dan kini aku masih bercuti untuk merawat diri. Ya Allah aku terima ketentuanMu ini dengan hati yang terbuka, terima kasih Allah atas kasih sayanMu, engkau Maha Mengetahui segala yang baik untuk hambaMu. Amin
No comments:
Post a Comment