August 16, 2011
Maafkan Aku
Biarlah aku berterus terang...aku masih berusaha mengubati luka hatiku, kalau betul kau tidak bermaksud apa-apa, kalau betul aku yang silap meneka...maafkan aku. Mungkin kebetulan sahaja... Bagi diriku, aku rela memaafkanmu. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Aku ini sifatnya tidak suka mencari musuh. Andai kita bertemu di suatu masa nanti, aku harap tiada dendam terbit dihati.. Banyak pengajaran yang aku telah dapat dari semua ini... Sekarang ini aku hendak memfokus kepada membantu rakan2 wanita yang mempunyai masalah peribadi dan masalah rumahtangga... Aku tahu ramai wanita yang sedang menangis di luar sana dan memerlukan teman untuk berkongsi cerita. Itulah niat asalku membuka blog ini, membantu orang menyurat apa yang tersirat, dan menasihatkan apa yang aku mampu. Mungkin melalui cerita2 dan pengalaman orang lain boleh menjadi panduan dan rujukan kepada yang membaca blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment