September 30, 2011

Catatanku

Aku ke tempat kerja bersama abang semenjak PPUM menjadi rutin hariannya. Balik aku akan tumpang Ima. Rasa bahagia dapat bersama abang sepanjang perjalanan dari BBBangi ke UM. Abang memang dah tak banyak bicara. Dia lebih senang berdiam diri, senyum dibuat-buat apabila ada sesuatu yang aku cakapkan menggelikan hatinya. Aku juga selalu berhati-hati untuk mencari topik bicara takut menyinggung perasaannya atau boleh mencetuskan suasana yang kurang harmoni. Perubahan fizikal abang semakin jelas. Apa tidaknya makan semakin kurang, dapat menjamah semangkuk bubur nasi pun sudah bersyukur. Nak makan benda2 lain lagilah susah. Air liur semakin pekat, ulcer semakin banyak dan rahang semakin ketat. Apalah yang boleh zie buat untuk bantu abang makan, kalaupun bukan sebab selera, at least biarlah untuk mendapatkan tenaga dan mengekalkan berat badan abang. Beli buah kiwi, tak pasti boleh ditelan atau tidak. Selepas RT hari ini, abang ke FSSS melayari internet. Kemudian kami ke McDonald di MidValley untuk cari bubur. Semasa beratur hatiku berdoa-doa agar ada bubur dijual. Alhamdulillah ada. Aku gembira dapat carikan bubur untuk abang. Bila abang meletakkan sedikit bubur dihujung sudu ke bibirnya, terus dia memberitahu dia tidak mahu makan lagi. Aduh! Kesiannya....akhirnya aku yang menyelesaikan bubur abang dan Quarter Pounder yang aku beli. Apa yang boleh aku sediakan untuk membantu abang untuk mudah menelan.

Ya Allah, kau ringankanlah bebanan sakit yang ditanggung oleh suamiku, berilah kesembuhan atas penyakitnya itu. Berilah aku kekuatan untuk bersama suami di saat dia memerlukan. Ampun dosa kami dan terimalah taubat kami. Amin

No comments:

Post a Comment