September 19, 2011
Tiada ruang untuk diri sendiri
Kebelakangan ini aku amat sibuk...teramat sibuk. Kesibukan dengan urusan konvo membuatkan aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog. Aku terfikir untuk membuat catatan harian mengenai abang, tetapi masa tidak mengizinkan. Setakat ini abang okay cuma mlm khamis (15/9) abang rasa tidak sedap badan, mual dan muntah. Lega kata abang selepas muntah. Kesian abang. Nanti lepas konvo zie akan tumpu pada abang ok sayang. Jauh di sudut hati zie sentiasa mendoakan agar abang tabah, kuat dan dapat melalui ujian ini. Semoga abang sembuh 100%. Itu hajat dan doa zie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment