September 22, 2011

Keikhlasan di sebalik kelukaan

Saat ini aku keliru
Masih cintakah aku
Atau hanya bersimpati kepadamu
Salahkah aku berperasaan begini
Sedang berkali-kali telah aku katakan
Cintaku padamu tetap utuh
Kasihku padamu tetap sama
Sayangku padamu tidak pernahkan berubah

Telahku cuba membuang jauh2 perasaan benci
Telahku cuba lenyapkan kenangan pahit itu
Ternyata bukan semudah yang aku sangka
kisah curangmu masih bermain di minda
perasaan sedihku masih bersarang di jiwa

Kini kau dalam kesakitan
Ujian untukmu begitu membebankan
Untung saja kau telah bertaubat
Kepada Allah kau bermunajat
Kepadaku kau kembali melihat
Pandangan matamu jelas terpancar
Penyesalan yang tidak terucap
Aku mengerti sayang
ada ucapan untukku di sebalik senyumanmu
Aku faham apa yang kau rasakan

Jujur aku katakan
Alangkah baiknya jika kau tidak berjumpa dia
Alangkah baiknya jika kesetiaanmu padaku tidak kau khianati
Namun itu sudah takdir untukku
Hukuman kerana terlalu menyintaimu
Percayalah aku tidak berdaya
Membencimu biar begini takdirku terima

Aku harapkan terus ikhlas
Menjagamu tidak minta dibalas
Biar hati masih terluka
Kuasingkan kelukaan ini untukmu
Agar kau sentiasa bahagia

No comments:

Post a Comment