October 29, 2011

Abang semakin pulih

Pulang dari hospital, kami singgah ke kedai untuk menggunting rambut. Abang nampak kemas dgn penampilan ala komando. Selps memberi abang susu, aku naik ke bilik untuk melepaskan penat. Badan masih rasa tidak sihat. Aku terlelap sehinggalah dikejutkan anak sebab ada jiran datang menziarah. Turun ke bawah, aku terkejut melihat abang bermandian peluh membaiki tayar basikal iekhsan. Geram melihat keadaannya yang seolah-olah sudah sihat bertenaga. Masih ada 5 RT n satu kimo lagi yg harus dilalui. Dengan keadaan selsema yg abang berjangkit dari aku, aku bimbang jika mlm nanti abang tidak selesa tidur. Mungkin benar abang sudah beransur pulih. Dah banyak juga yang disembangkan dgn aku dan anak2. Lapang rasa hati melihat perubahan pada abang.

Sebelum tidur aku beri abang ubat selsema untuk redakan selsemanya. Abang demamkah? Sesekali terdengar abang batuk dan membersihkan hidungnya. Semoga abang akan beransur pulih hendaknya. Abang masih dalam rawatan, jaga kesihatan diri dan jangan lasak seolah-olah abang dah sembuh sepenuhnya. Bukan apa, zie tak mahu orang salah sangka dn ingatkan abang dah ok. Nanti macam2 pulak permintaan yang harus abang penuhi. Abang kena cepat sembuh demi zie n anak2. Kami rindukan abang yang dulu, dan kami setia menunggu dn melihat perubahan positif abang. Sayang abang selalu.

No comments:

Post a Comment