October 29, 2011

Pilihan ada di tanganmu

Semlm aku terserempak dgn N semasa sedang menikmati hidangan tengahari di SR bersama teman2 pejabat untuk meraikan Z yg akan berpindah pejabat ke AE. N berjalan seorang, tetapi kelibat seorang lelaki yang berdiri jauh di belakangnya mengingatkan aku pada lelaki yang berada di LCCT bersamanya tatkala aku menghantar sepupuku untuk terbang ke Jepun. Apa hubungan mereka? Aku memang kenal dengan suami N. Lelaki itu bukan suaminya. Mengapa dia begitu mengambil berat ttg N sehingga meninggalkan solat Jumaat untuk menemankan N ke sini? Fikiran aku jadi terganggu. Suatu ketika dulu ada seorang teman yang menceritakan tentang N yang 'bermain kayu tiga' tetapi aku tidak endahkan kerana tidak mahu masuk campur urusan orang lain. Namun, apabila 2 kali berjumpa mereka bersama, hatiku menjadi sedih dan takut. Adakah benar mereka menjalinkan hubungan? Sejauh manakah hubungan itu? Adakah masing2 sedar bahawa mereka mempunyai keluarga yang memerlukan kasih sayang dn perhatian? Tidakkah mereka takut dengan balasan atas dosa2 yang mereka lakukan? Kalaulah pasangan dn anak2 di rumah sudah tidak bermakna dn membahagiakan, mengapa tidak dipilih cara terbaik untuk mencari kebahagiaan? Adakah dengan memilih jalan ini semua masalah di rumah akan selesai? Adakah mereka berlaku adil terhadap pasangan masing2 dgn cara begini?

N, kalau kau membaca catatan ini, kuharap kau ambillah satu langkah ke belakang dn berfikirlah dgn mendalam sebelum semuanya terlewat. N, cuba kau renung wajah suamimu sewaktu dia tidur. Adakah masih ada perasaan sayang pada dirinya yang telah berkongsi hidup dgnmu sekian lama? Adakah soal kesibukannya sehingga tidak memberi ruang untuk memupuk kemesraan, atau dia punya kekasih gelap atau dia tidak dapat memenuhi keperluan zahir n batinmu, menyebabkan kau tawar hati kepadanya? Lihat pula anak2mu yang sedang lena. Ingat kembali bagaimana kau dan R melalui detik2 gembira membawa mereka ke dunia ini, berjanji untuk menjaga dn mendidik mereka sepenuh jiwa. Kenangkan saat kamu sekeluarga menikmati saat2 indah bersama. Adakah sudah hilang kemesraan itu? N, ada ketika kita terperangkap dengan keinginan diri sendiri dan pengorbanan demi kebahagiaan orang lain. Ramai wanita yang akan memilih untuk berkorban walaupun hidup dalam keadaan tertekan. Bukan mereka tidak berani untuk memilih jalan sendiri, namun mereka sanggup berkorban apa sahaja demi
mempertahankan kebahagiaan anak2 mereka. Pada aku, tidak salah kalau hati sudah beralih arah, kalau sayang sudah tersangkut pada orang lain. Tapi berterus teranglah. Tidak salah klu kau memilih untuk meninggalkan keluargamu demi lelaki yang kau puja. Tetapi biarlah kena dengan gaya. Jangan sampai menyonteng arang ke muka keluarga. Jgn sampai maruahmu tercalar. Jgn membiarkan dirimu terus2an dibuai dosa dan noda. Mungkin skrg kau masih boleh menjaga maruahmu, dan perhubungan yang terjalin tidak bermaksud sehingga menghancurkan rumahtangga sesiapa. Ingat, bisikan syaitan itu sangat halus dan menggoda. Ingat ttg dosa dn pahala, ingat ttg balasan yg bakal diterima. Jangan jadikan anak2 mangsa keruntuhan moralmu dan kehancuran rumah tangga.

Maaf andai catatan ini tidak kau suka. Aku harus katakan walaupun pahit untuk kau terima. Kau juga harus selami hati isterinya andai suamimu yang melakukan perkara yang sama. Kau tidak boleh merobek hati wanita lain hanya kerana kau tidak bahagia. Kau tidak akan faham selagi engkau menjadi orang yang meruntuhkan rumahtangga orang lain, selagi kau bukan mangsa.

No comments:

Post a Comment