October 10, 2011

Aku perlukan sokongan

Mungkin sesiapa yang membaca tulisanku akan berfikir aku memuji suamiku secara berlebihan. Aku tidak marah. Memang aku diberikan seorang suami yang sangat penyayang. Seorang yang sangat baik budi pekerti, menghormati orang tua, seorang yang penyabar, lembut hati, ringan tulang dan kaya dengan senyuman. Itu peribadinya yang sangat aku kagumi. Aku belajar untuk bersabar, menerima kekurangan diri juga darinya. Dia seorang lelaki yang boleh meruntunkan keimanan perempuan yang mengenalinya. Biarpun, dia bukanlah seorang yang berharta, seorang yang tidak dapat memberiku kemewahan seperti mana dinikmati oleh teman2ku, namun aku bersyukur. Aku bersyukur kerana kasih sayangnya cukup menenangkan hatiku, membahagiakan kehidupan kami sekeluarga. Setiap hari, tidak terlupa dia mengucapkan kata2 kasih, cinta dan sayang kepadaku. Banyak yang aku pelajari darinya. Kini kasih sayang dan kesetiaan kami diuji.

Kini, sang pencinta ini sedang bertarung dengan ujian Allah. Aku jadi tidak keruan. Aku bimbang, aku jadi sangat tertekan. Biarpun sakit, belum pernah kudengar dia mengeluh, menyalahkan takdir. Diterima ujian ini dengan penuh ketabahan. Semakin dia bertahan, semakin kuat ujian yang datang. Selepas 19 kali menjalani radioterapi....tekaknya semakin sukar untuk menerima makanan. Dietician menasihatkan suamiku agar mengambil cecair agar beratnya tidak terus2an merosot. Sekarang beratnya hanya 67.8 kg. Jika berterusan tidak makan, ia boleh memberi kesan sampingan. Aku tidak bersedia untuk melihat abang lebih menderita dgn penyakit kansernya ini. Aku benar2 tidak dapat membendung lagi perasaan sedihku di hadapan anak2.....aku jadi semakin tidak kuat menghadapi ujian ini.

No comments:

Post a Comment