October 11, 2011

Suara hati

Zie tidak boleh menjadi wanita yang terbaik untuk abang. Zie tidak pandai pujuk abang. Zie tidak pandai jaga abang. Zie tidak boleh buat abang dengar cakap zie. Zie cuma mahu abang sihat. Zie tak paksa abang makan, zie cuma rayu.

Abang takkan tahu apa yg bersarang dalam hati zie. Abang takkan peduli apa yg zie rasakan sebab abang sudah tidak pedulikan zie. Zie cuma mahukan abang sihat. Dimana abang yang zie kenali? Seorang yg kuat semangat, yang selalu mendorong dan memberi inspirasi kpd Zie? Mengapa abang mengalah? Zie takut abang. Zie tidak bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang tidak tergambar akal. Zie mahukan abang. Zie dan anak2 nak abang sembuh. Klu abang tidak lawan penyakit abang, abang akan menjadi semakin lemah.Kalau abang sayang pada zie, pada anak2, pada keluarga kita...tolonglah abang kuatkan semangat abang. Makanlah abang...tolonglah zie merayu pada abang.

No comments:

Post a Comment