October 14, 2011

Aku sangat berdosa kepadaMu

Sesungguhnya air mata telah menjadi rakan setiaku. Dulu aku sering menutup keresahan dan kedukaanku dgn berjenaka dan bergelak ketawa, namun ujian yg silih berganti ini telah menyukarkan aku untuk menutup kesedihan di raut wajah. Kata rakan2: wajah nampak penat, tidak bermaya dan tidak semerah dulu, ada problem ke? Abang Ajib sihat? Macam2 yang menjadi teka teki orang yang mengenali aku sebab mereka menganggap aku seorang yang sangat bertuah... Waktu itu aku tidak mampu untuk berkongsi segala kesedihan.

Beratku juga berkurangan sebanyak 7kg semenjak bulan Julai. Julai yang amat-amat menyakitkan. Diikuti Ogos yang memilukan dan September/Oktober yang menguji ketabahan... sesungguhnya aku tidak mampu memadam peristiwa Julai dari ingatan, biarpun dalam keadaan abang yang tidak sihat. Mungkin kerana terlalu banyak yang aku tahu, mungkin kerna aku rasa apa yang berlaku ini sangat tidak adil kepadaku...namun siapalah aku untuk menyoalkan tentang takdir ini kepada tuhanku...Aku cuba berharap ia tidak pernah berlaku, cuma berharap...apa juga ujian yang diberikan kepadaku biarlah hendaknya menjadikan aku lebih dekat kepadaNya.

Sesekali bila emosi aku tidak menentu, aku akan menangis dan meraung sepuas-puasnya di dalam kamar tidurku. Saat itu aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan, pelbagai persoalan akan aku luahkan kepada tuhanku. Selepas meluahkan akan timbul penyesalan diri - aku seorang hamba yang jahat dan tidak berguna kerana mengungkit-ungkit kisah-kisah yang menyakitkan, mengungkit ujian-ujian yang diberikan, sedangkan aku lupa bahawa Allah telah memberiku banyak kelebihan, kenikmatan dan kesenangan. Aku menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur, aku merasakan hanya aku yang malang di dunia ini.... Sebenarnya aku amat berdosa kepada Allah kerana tidak dapat mengawal emosiku. Aku memohon keampunanmu Ya Allah. Ampunkanlah aku yang lemah tidak berdaya ini. Aku tidak kuat untuk melalui semua ini walaupun kau memudahkan perjalanan hidupku saat berhadapan dengan semua ujian itu. Aku sangat berdosa kepadamu...

No comments:

Post a Comment