October 6, 2011

Di Klinik Onkologi

Syukur Alhamdulillah, semalam balik dari kerja kulihat wajah abang ceria biarpun mulutnya agar sukar untuk dibuka. Abang mengukirkan senyuman yang aku rindui. Sangat rindu melihat senyuman abang. Banyaknya ubat abang bawa dari PPUM.

Pagi ini aku menemani abang menjalani sesi ke4 kemoterapi. Berbagai jenis pesakit kanser kutemui. kebanyakannya sudah berusia. Bertemu juga dengan yang sudah selesai rawatan dan datang untuk rawatan susulan. Ceria dan menaikkan semangat sesiapa yg melihat penampilannya. Kuat sungguh semangat wanita itu. Semoga abang akan sembuh dan kembali ceria. Ramai juga saudara mara dan rakan2 yang telah tahu abang menghidapi cancer. Aku tahu semua orang mendoakan agar abang cepat sembuh. Kuat iye abang. Rozie pun kena kuat dan tabah, itulah kata2 semangat yg aku terima dari abang, ibuku, ibu mertuaku, adik beradik kami, saudara mara dan rakan2 yg tahu. Ya aku mesti tabah dan kuat. Klu aku lemah, bagaimana aku boleh menyokong abang. Zie sayang abang walau apapun yang berlaku, pernah berlaku dan akan berlaku. Semoga Allah memelihara cinta dan kasih sayang kita.

Sedang aku membuat catatan ini, datang seorang perempuan india separuh umur duduk di kerusi sebelah. Sambil menunjukkan kakinya yang berbalut, dia mengeluh anak tidak datang ambil dan hanya akan datang selepas jam 5 ptg. Kemudian dia menunjukkan duit 60 sen ditangannya dan meminta RM2 untuk dibuat tambang bas balik ke Puchong. Kasihan melihatnya, aku berikan RM3 untuk tambang dan beli air. Sudah 2 kali aku didekati orang2 yg meminta simpati seperti ini di PPUM, tak apalah, aku beri jika aku mampu. Semoga kebaikan yang aku lakukan akan mengizinkan abang sembuh dari penyakit kansernya. Amin

No comments:

Post a Comment