Malam tadi abang demam. Selepas maghrib abang baring. Aku menghantar Iekhsan ke Smart Reader untuk tuisyen, mengisi minyak di Petronas dan ke Yashraf membeli 2 kg gula. Benar-benar terasa penat sebab dulu buat bersama-sama, kalau aku letih abang akan bantu, malah abanglah yang banyak membantu dari aku melakukan perkara-perkara seperti itu. Badan abang panas, mana tak demam, tekak sakit tidak boleh menelan makanan, mulut penuh ulcer dan lidah sakit. Mak Perak telefon dan kami sama-sama menangis bercerita tentang abang. Mak kata, teringin tengok anak mak yang sedang sakit, tapi macamana nak datang. Aku jawab, mak jangan risau, Zie akan jaga anak mak. Zie minta mak dan bapak maafkan dosa abang, manalah tahu masih ada rasa kecil hati atau sedikit dosa yang belum dimaafkan, takut nanti sukar Allah menerima doa abang. Mak kata abang tak ada dosa pada mak, mak maafkan abang. Sedihnya.... semoga Allah menguatkan hati2 kami dalam menempuh ujian ini.
Sebelum ambil Iekhsan, aku buatkan susu untuk abang, minum seteguk abang terus ke bilik air dan muntahkan semula. Jam 10 mlm aku mengambil Iekhsan dari Smart Reader. Masuk bilik, abang sudah berselimut. Panas lagi badan abang. Aku bercadang untuk menghantarnya ke PPUM pagi tadi tapi bila aku suarakan hasratku pada jam 5 pagi tadi, dia minta aku pergi kerja. Aku tahu abang tidak kuat, tetapi dia tidak mahu menyusahkan aku. Tapi esok aku akan EL. Aku akan temankan abang.
Pagi ini dengan perasaan yang berat aku bertolak ke tempat kerja. Ima sudah bersedia untuk membantu aku. Aku terangkan kepada Ima apa yang perlu dibuat, aku minta staf membantu Ima supaya perjalanan sesi 6 & 7 berjalan lancar. InsyaAllah Jumaat dan Sabtu aku akan bertugas seperti biasa. CUma hari Khamis saja aku perlu menemankan abang. Lagipun Pendaftar dah luluskan permohonan cutiku pada minggu hadapan. Terima kasih Cik Nor kerana memahami.
Aku amat terharu dengan kebaikan Ima. Sangat baik sahabatku ini. Sukar mendapat seorang sahabat sejati sepertinya.
No comments:
Post a Comment