October 9, 2011

Kenangan manis

Baru sampai rumah. Bawa Iekhsan n Nurin ke UM melihat anak2 buah menguruskan sesi pemulangan jubah. Dulu waktu abang sihat, pasti dia yg akan menemani aku ke ofis. Selps itu kami akan berdating ke Mid Valley atau ke mana2 kami mahu. Hari ini aku singgah isi minyak di Petronas NPE. Dah pandai.

Sampai rumah, abang sedang tidur. Bila aku masuk bilik abang sudah bangun. Abang alas bantal dgn towel kecil, maybe untuk kumpul rambutnya yang mula gugur akibat kesan kimo. Sambil menunggu abang solat zohor aku buka sms telefon samsung abang. Lucu bila baca ayat-ayat 'gatal' dan nakal kami... Abang memang suka simpan catatan sms antara kami. Itu mmg tabiat abang. Seronoknya bila terkenang saat-saat indah itu, semoga abang akan segera sembuh dan kembali ceria seperti selalu. Okay, nak tengok abang makan.

Begitu payah abang hendak menelan bubur nasi. Tiba-tiba abang bergegas ke tandas untuk memuntahkan semua yg masuk ke tubuhnya. Rasanya banyak yg keluar dari yg kekal dlm perut abang. Lepas makan ubat abang masuk ke bilik dan tidur.... Kalau begini berterusan, aku bimbang abang akan lemah dan terpaksa di tahan di wad. Mungkin doktor akan masukkan makanan melalui tiub. Abang kuatkanlah semangat, zie tak sanggup melihat abang begini.

No comments:

Post a Comment