October 10, 2011

terimalah taubat dan doa kami

Semenjak abang sakit, seawal jam 4 pg abang sudah bangun untuk mengerjakan solat. Begitulah rutinnya setiap penghujung malam. Aku akan terjaga dgn sendiri tatkala tangan tidak terasa kehadirannya di sisi. Selesai solat abang akan menyambung tidurnya. Aku cuba bertanya apa yg abang doakan kerana aku juga mengaminkan dari tempat tidurku. Abang seorang pendiam, tidak banyak yang dapat aku peroleh darinya. Aku juga memohon kepada Allah agar abang diampunkan, taubatnya atas kesalahan mengingkari perintahNya diterima. Sesungguhnya apa lagi yg boleh aku lakukan sebagai seorang isteri. Aku hanya wanita biasa, aku hanya mampu berdoa untuknya. Semoga doa kami diterima. Aku berharap Allah melapangkan pintu rezeki dan menamtbahkan rezeki kami agar dapat kami menjadi tetamu di kaabah selepas abang selesai rawatan dan sihat semula. Mungkin doa di hadapan kaabah akan dapat menghapuskan segala dosa-dosa besar kami.

No comments:

Post a Comment