October 28, 2011

yang mana satu

Kebelakangan ini aku kurang sihat. Badanku rasa sakit2 khususnya di bahagian belikat, dan hidungku rasa tidak selesa, selsema. Risau jugak takut menjangkiti abang. Rupa2nya berjangkit juga. Mlm tadi abang mengadu hidung tersumbat dan badan rasa nak demam. Tidur malamnya juga keresahan. Waktu Ita sekeluarga menziarah mlm tadi, abang hanya menyambut di bilik tidur sahaja. Ita bawakan ubat utk pesakit kanser. Bila dah macam2 jenis ubat dibawa oleh teman2, rasa bimbang pulak yg mana satu nak diminum dulu. Bukan tidak menghargai kerana harga ubat2an ini pun bukan murah, tetapi keliru yg mana satu harus dicuba dulu.

No comments:

Post a Comment