Tghari tadi Azima datang. Sudah lama dia tidak bertemu sahabat karibnya. Azima sahabat abang waktu di JPA. Masih single, tapi hati ini tidak pernah cemburu dgnnya. Mungkin dia tidak seperti yang lain2 yang begitu tega membuat hati wanita lain menangis. Dia agak terkilan kerana baru saja mengetahui ttg sakit suamiku. Di bawa herba untuk menyejukkan badan, jadam mekah dan bee pollen untuk suamiku. Dia berkongsi pengalaman semasa diuji dgn penyakit yg hampir serupa, namun alhamdulillah kembali dari umrah penyakitnya sembuh. Maha suci Allah yg memberi kesakitan dan menyembuhkan. Terfikir aku, tidak adakah lelaki yang sesuai untuk wanita sebaik, semanis dan kuat berpegang pada agama sepertinya ini? Katanya, dia percaya apa yang diberikan oleh Allah kepadanya adalah 'yang terbaik untuk dirinya'. Semoga kau beroleh ketenangan dalam menempuh liku kehidupanmu.
Terima kasih atas nasihat dan kata2 semangat yg kau berikan kpd kami. Aku amat menghargainya. Doakanlah agar kami dapat menjadi tetamu Allah dalam waktu terdekat ini. Amin
No comments:
Post a Comment