Sudah hampir sebulan mak dan bapak berada di rumah untuk menemankan kami, dan semalam mereka telah berangkat pulang ke Sungai Samak dengan Kak Nor. Selain daripada pernah tinggal bersama selama setahun waktu bapak mula2 mendapat stroke, inilah kali kedua mereka duduk agak lama. Kali ini untuk memberi sokongan kepada abang yang menjalani rawatan kanser. Abang adalah anak lelaki tunggal, juga anak bongsu dalam 4 beradik.
Pagi2 lagi mereka sudah bersiap untuk pulang ke kampung halaman yang amat dirindui. Aku merapati bapak dan membisikkan kata 'Rozie sayang bapak, bapak jaga diri iye...banyak2kan berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah'. Aku kucup dahi bapak, dan kulihat air mata mengalir di pipinya. InsyaAllah, semua masalah bapak selama ini akan terlerai, aku akan sentiasa doakan bapak.
Aku jumpa mak yang baru selesai bercakap dengan kak Ina melalui telefon. Aku salam tangan mak, memeluk erat tubuh kecil mak. Aku bisikkan 'mak, zie minta maaf andai ada salah silap zie sepanjang mak berada di sini. Mak sabar dgn bapak dan jangan diungkit lagi kelemahannya sebelum ini. Terus beri galakan kepada bapak untuk berubah ke jalan yang lebih baik'. Mak tidak melepaskan pelukanku. Mak kata kepadaku, 'Jie sabar ye. Jaga keluarga baik-baik. Mak dah tahu cerita Jie. Mak tak sangka anak mak yang begitu baik juga terjebak dengan orang ketiga. Mak sedih, mak tak sangka, ingatkan kisah macam ni tak berlaku dalam rumahtangga Jie. Allah menguji anak mak. Orang yang baik2 ni, ujiannya lebih besar. Harap lepas ni dia akan ingat kepada keluarga dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Bapak tidak pernah curang dengan mak, tak tahulah kenapa Ajib pilih jalan itu.' Aku benar2 terkesima dengan ucapan mak yang begitu kecewa dengan apa yang dia baru tahu. Katanya kak Ina baru cerita kepadanya beberapa hari lalu. 'Mak jgn bimbang, zie sudah beransur melupakan peristiwa itu. Cuma zie minta maaf, kalau ada ketika Zie tidak bersikap baik pada mak, mungkin pada ketika itu, fikiran Zie tengah berserabut, perasaan Zie memberontak. Sukar untuk mengimbangi perasaan marah, kecewa, sayang dan kasihan. Apapun mak, Zie cuba menerima semua ini sebagai ujian untuk Zie. Zie tidak akan tinggalkan anak mak walaupun dia lukakan hati zie sebelum dia jatuh sakit. Memang sangat berat ujian yang zie tanggung, kalau orang lain mungkin dipilih untuk pergi dari hidup abang. Tapi apa juga yang berlaku, sudah berlaku. Zie sudah menerima hakikat itu. Zie tahu abang sudah menyesali apa yang berlaku, abang tidak akan ulang lagi kesilapan lalu. Dia dah bertaubat mak. Apa yang dia lalui sekarang ini, hendaknya biarlah untuk menghapuskan dosa2nya.' Mak kata dia dah cakap secara tidak langsung kepada Ajib agar mengenangkan apa kesalahannya kepada Allah, kepada mak dan bapak, kepada isteri dan anak2. Mak suruh Ajib bertaubat dan ubah sikap. InsyaAllah mak, kita doa sama-sama.
Selepas kereta kak Nor hilang dari pandangan, aku beritahu abang apa yang mak cakapkan kepadaku. Abang kelihatan sedih dan berkata 'abang curang kepada zie' 2 kali abang...getus hatiku. Aku katakan, zie dah maafkan abang (tapi tak akan melupakannya seumur hidupku). Perasaanku masih tertanya-tanya bagaimana abang hendak mengembalikan kepercayaanku kepadanya, adakah dia akan menebus dosanya kepadaku dengan lebih menyintai aku? bagaimana caranya?
Abang, Zie harap sangat kita dapat sama-sama mengerjakan umrah pada bulan Mac 2012 ini. Hati Zie sudah terpanggil untuk ke sana. Zie nak abang ambil peluang itu untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di hadapan Baitullah. Semoga abang cepat sembuh. Semoga doa dan harapan kami terkabul.
No comments:
Post a Comment