November 18, 2011

Syukur dengan apa yang dinikmati

Alhamdulillah, Eirfan mendapat keputusan 4A 1B dalam UPSR yang diumumkan semalam. Sampai rumah malam tadi, dia terus mendapatkan aku, menghulurkan tangan untuk meminta maaf kerana tidak mendapat 5A. Aku tahu dia sedih. Aku tahu, dia yakin boleh dapat 5A...tapi rezeki tidak menyebelahi dia, dia mendapat B dalam Bahasa Inggeris. Tak apa sayang. Mama dan Baba redha dengan keputusan tersebut. Ada hikmah di sebaliknya. Yang penting Eirfan kena terus berusaha untuk kejayaan masa hadapan. Eirfan kena belajar jatuh, bangun, berjaya dan gagal kerana jalan di hadapan lebih berliku. Kena ingat tidak semua yang kita mahukan kita boleh dapat. Tidak semua yang kita usahakan boleh membuahkan hasil yang baik. Ujian sentiasa hadir dalam hidup kita. Semoga Eirfan tabah menyusuri kehidupan. Mama dan baba akan sentiasa mendoakan anak-anak mama, melindungi anak-anak mama dan terus menyayangi anak-anak mama biar dalam apa keadaan sekalipun.

Mama telah melalui banyak ujian dan halangan dalam kehidupan mama, dan mama masih terus berjalan biarpun ada ketikanya mama seperti tidak sanggup mengharunginya lagi...Ingat, Allah menguji kita kerana Ia sayang kepada kita, atau kerana kita sudah lupa atau sombong denganNya. Ingatlah sayang, Allah sentiasa ada di sisi kita dalam keadaan apa sekalipun. Jangan lupakan Allah, banyakkan doa dan berzikir agar hati sentiasa tenang dan redha menerima ketentuanNya. Syukurlah dengan apa yang kita peroleh dan nikmati...Mama sayang baba dan anak2..

No comments:

Post a Comment