November 9, 2011

Andai kau ingin tahu

Aku tahu kau sedang mengikuti perkembanganku. Mungkin kau faham apa yang sedang aku lalui sekarang ini. Kau simpati? kau marah? Terpulanglah...engkau dengan caramu dan aku dengan caraku. Aku faham, tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk memadam kenangan silam. Aku faham itu. Aku sangat-sangat kesal dengan semua yang berlaku. Aku sering berharap apa yang berlaku adalah sebuah kisah dongeng, kisah yang hanya hadir dalam mimpi. Tapi aku tidak boleh membohongi diriku, sangat sukar bagiku untuk menerima hakikat dan melupakan peristiwa yang sangat pahit itu dalam waktu yang singkat. Mujur aku masih diberi kekuatan dan kewarasan akal.

Apapun, banyak yang telah berbeza, banyak yang sudah tidak sama walaupun pelbagai cara telah aku lakukan. Aku masih berusaha merawat apa yang masih terluka dan berdarah.

Aku cuma berharap apabila kesihatan suamiku pulih, dia akan membuka episod baru untuk kehidupan kami. Aku cuma berharap suami akan memikat hatiku semula seperti waktu pertama kali dia melafazkan rasa cintanya kepadaku. Aku cuma berharap suamiku akan menembus kesilapannya padaku dengan lebih menghargai aku, berlaku jujur kepadaku, dan menyayangi aku seumur hidupku. Aku memang marah dengan apa yang berlaku, aku memang kesal dengan kelemahan suamiku dulu...tapi aku bukanlah seorang yang kejam. Aku jadi begini kerana aku terlalu sayangkan suamiku. Aku hanya wanita biasa, yang hati dan perasaannya telah dirobek dengan begitu menyedihkan. Aku hanya wanita biasa yang ingin dicintai sebagaimana aku menyintai suamiku.

No comments:

Post a Comment