November 27, 2011
Mengapa aku tidak mahu mengerti
Kasihan abang. Terlalu banyak ujian yang dilaluinya. Biarpun hatiku marah, geram,sakit hati, sedih, kecewa, dan terluka namun jauh di sudut hati aku amat mengerti keperitan dan kesukaran yang dilaluinya. Ditambah dengan penyesalan yang tidak terhingga, yang kuharap Allah akan menerima taubatnya. Kalau aku berada pada kedudukannya, pasti aku tidak sabar dengan semua ini, ada ujian disebabkan kebodohan diri, ada ujian berpunca dari orang lain, ada ujian didorong oleh kuasa dan hasad dengki manusia. Yang terlajak tidak dapat diundur. Yang dinanti tidak nampak bayangnya. Yang diidapi belum sembuh sepenuhnya. Zie sangat mengagumi kesabaran abang. Tidak sedikit pun abang mengeluh. Malah, abang mencuri waktu pada hampir setiap penghujung malam untuk menyerakan diri pada yang maha Esa. Apa juga yang abang doakan, semoga Allah perkenankan. Zie cuba mengerti ketulusan abang untuk berubah. Zie cuba memahami kesukaran yang abang lalui. Zie bukan seorang isteri yang sempurna. Tatkala melihat abang, ada ketikanya zie mendengar bisikan2 yang mempersoalkan itu dan ini sehingga zie jadi tidak menentu. Zie tahu abang cuba bersabar menerima keadaan ini kerana perasaan bersalah abang pada zie. Inilah hasil yang kita dapat. Inilah kesengsaraan yang kita terpaksa lalui. Kadang kala hati zie terdetik, adakah perasaan yang sama dirasai oleh orang lain? Adakah penyesalan dan rasa bersalah abang kepada aku akan hilang suatu ketika nanti? Sampai bilakah aku harus membiarkan abang begini? Mengapa sukar untuk aku menerima dan mengerti? Beribu kali kukatakan aku telah memaafkan abang, tetapi mengapa kesedihan sering bertandang? Mengapa begitu sukar melupakan kenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment